Mariana Trench – Jurang Paling Dalam Di Dunia!!

Share

 

Jurang menandakan kedudukan di mana bidur benam dilentur mula menuruni ke bawah bidur lithosfera lain. Jurang umumnya selari dengan lengkok kepulauan gunung berapi, dan kira-kira 200 km (120 mi) daripada lengkok gunung berapi.

 

 

Jurang lautan biasanya mengunjur 3–4 km (1.9–2.5 mi) di bawah paras lantai lautan di sekitarnya. Kedalaman laut yang paling dalam yang pernah diukur adalah Challenger

Deepdi dalam Jurang Mariana, pada kedalaman 11,034 m (36,201 ka) di bawah paras laut. Litosfera lautan bergerak ke jurang pada kadar global kira-kira 3 km2/thn.

 

Jurang Mariana adalah Jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.

Jurang  ini terletak di dasar Lautan Pasifik, di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina.

Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.

 

Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara plat Pasifik dan plat Filipina.

Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).

 

Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

Jika anda berada di atas permukaan laut di atas jurang berkenaan, anda memerlukan tali sepanjang 11,035 meter tali atau bersamaan 11.035 km untuk umpan dan batu ladung jatuh ke dasarnya (diandaikan ia jatuh terus secara menegak).

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang