Likuh Emas Juara Tasik Ujana

Share

Ia seperti menepati hebahan pertandingan memancing di Tasik Ujana, Nilai Impian yang tersiar pada minggu lalu, ikan likuh emas yang menjadi hiasan dalam hebahan tersebut, berjaya dipancing sekali gus menobatkan pemancingnya muncul sebagai juara dalam pertandingan memancing Cabaran Hari Malaysia, Ahad lalu.

Begitulah jika ia sudah menjadi rezeki kepada Danial Haikal Mohd Naim apabila berjaya mendaratkan seekor ikan likuh emas seberat 5.550 kg pada jam 11.25 pagi. Dengan kejayaan itu Danial Haikal merangkul wang tunai sebanyak RM 41,000 termasuk hadiah spesies terberat sebanyak RM 500.

Sementara pemenang di tempat kedua turut berjaya mendaratkan spesies likuh emas seberat 4.680 kg.  Abdul Razak berjaya mendaratkan ikan tersebut pada jam 11.04 pagi yang mana kedudukannya di podium teratas sekadar bertahan selama 21 minit sahaja. Dengan kejayaan tersebut beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM 9,500.

Manakala peserta yang mendaftarkan nama sebagai Panglima pula berjaya mendaratkan seekor ikan spesies rohu seberat 3.225 kg pada jam 12.17 tengah hari. Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang wang tunai RM4,500 dan tambahan RM500 sebagai bonus tangkapan spesies terberat (rohu).

Dalam pertandingan anjuran Wakjali Event Management ini sebanyak 524 ekor ikan pelbagai spesies dibawa ke meja hakim untuk ditimbang. Sementara hadiah kepada pemenang pula disampaikan oleh Pengurus Pemasaran Sime Darby Nilai Impian, Rizal Affendy Ab Latif.

Carta top 10

  1. DANIAL HAIKAL – likuh emas 5.550 kg (RM41,000)
  2. ABDUL RAZAK – likuh emas 4.680 kg (RM9,500)
  3. PANGLIMA – rohu 3.225 kg (RM5,000)
  4. MOHD SABRI GP – rohu 2.730 kg (RM1,500)
  5. JAHLI – rohu 2.710 kg (RM500)
  6. MARZUKI – rohu 2.620 kg (RM500)
  7. MARZUKI – rohu 2.520 kg (RM500)
  8. SIAMAN – rohu 2.395 kg (RM500)
  9. SIRAN SIN – haruan 2.115 kg (RM1,000)
  10. ROSELINA – rohu 1.975 kg (RM500)
Published by
Amang