Lemang Roti Buat Umpan Patin!!

Share

 

Serbuk roti sebenarnya hampir sama fungsinya dengan dedak makanan ikan yang biasa digunakan untuk membuat umpan memancing. Namun sifat serbuk roti yang kosong tanpa rasa ini sebenarnya sangat berkesan terhadap perisa umpan jika digunakan ke atasnya.

 

Malah ia lebih berkesan untuk diserapkan bahan perisa. Namun untuk dijadikan persembahan umpan, ia perlu dibentuk dengan alat khas. Maka terhasillah umpan umpama lemang ini.

 

Bahan Keperluan:

 

1kg serbuk roti

1 paket NS Power (Serbuk Perisa Pandan)

Pes Perisa Pandan Original

Umpan Sos Serai

 

STEP 1

Masukkan serbuk roti ke dalam bekas atau tong bancuhan umpan.

 

 

STEP 2

Campurkan 1 paket NS Power dan gaul hingga sebati dengan serbuk roti.

 

 

STEP 3

Tuangkan 5 penutup perisa pandan kelapa original. Sebaiknya sapukan pada dinding bekas agar dapat digaul dengan lebih mudah dan sekata.

 

 

STEP 4

Masukkan pula 3 penutup Sos Umpan Serai dan gaul hingga sebati. Kalau tiada Umpan Serai, boleh juga guna esen pisang atau esen lain.

 

 

STEP 5

Renjis-renjis air pada serbuk roti dan digaul hingga adunan menjadi sedikit lembab. Pastikan jangan terlebih air agar adunan tidak menjadi keras selepas dipam.

 

 

STEP 6

Cucukkan jajan pada mata kail. Sebaiknya gunakan jajan yang kecil.

 

 

STEP 7

Masukkan hujung perambut Y ke dalam lubang bawah pam kemudian masukkan adunan serbuk roti.

 

 

STEP 8

Letakkan kedua-dua mata kail di bahagian tengah pam dan kemudian masukkan serbuk roti sehingga penuh.

 

 

STEP 9

Setelah itu ketatkan penekan pam sehingga betul-betul padat.

 

 

STEP 10

Setelah dibiarkan kira-kira 5 minit, barulah buka penutup pam bahagian bawah dan pulas tangkal pam sehingga adunan terkeluar.

 

 

STEP 11

Umpan serbuk roti pam yang siap untuk dimainkan dengan teknik dasar batu mati.

 

 

Published by
Amang