Memancing ikan lampam merupakan salah acara wajib apabila berkunjung ke Tasik Kenyir dengan menggunakan perkhidmatan rumah bot atau boathouse. Lazimnya, pengusaha atau pemilik rumah bot akan menyediakan peralatan asas dan umpan untuk para pelanggan memancing lampam. Cara memancingnya pula akan ditunjuk ajar oleh kru rumah bot.
Pemilik atau kru rumah bot merupakan orang yang cukup berpengalaman dalam soal memancing lampam. Begitu jugalah dalam soal menyediakan umpan untuk lampam.
Umpan kerak nasi lemak yang dikongsikan di sini juga merupakan salah satu umpan yang didedahkan oleh kru rumah bot Tasik Kenyir.
Kenapa nasi lemak?
Ikan lampam dipercayai menyukai sesuatu yang berlemak. Oleh kerana itulah buah sawit yang berlemak dan berminyak merupakan umpan yang disukai oleh lampam. Begitu jugalah nasi lemak yang kaya dengan santan yang lemak manis.
Bahan keperluan:
Kerak nasi lemak
Mata kail rambai
Set pancing lampam
Cara Penyediaan Umpan:
Kerak dan nasi lemak yang sudah keras direndam terlebih dahulu di dalam air. Memadai direndam sekadar melembutkannya sahaja. Sekiranya terlalu dan kembang berderai ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
Ambil kira-kira segenggam keras nasi lemak yang masih melekat dan cucukkan mata kail rambai. Kemudian turunkan umpan tersebut ke dasar lubuk yang mana ikan-ikan lampam banyak berlegar-legar di permukaan air.