Sempena Cabaran Memancing Bulan September, kolam pancing Seri Bayu Tekala, Semenyih mengadakan pertandingan memancing di kolam tersebut, Ahad ini dengan menawarkan wang tunai melebihi RM114,000.
Sebanyak RM65,000 menanti juara Cabaran Bulan September, RM12,000 bagi pemenang di tangga kedua dan RM6,000 bagi podium terakhir. Manakala ranking terakhir di tangga ke-150 memperoleh RM150. Dan kesemua hadiah yang ditawarkan mengekalkan konsep sapu bersih.
Ads
Sebagaimana bermula pertandingan bulan lalu, pihak pengurusan kolam menetapkan spesies ikan patin Chao Phraya tidak lagi dipertandingkan sebaliknya dikategorikan sebagai hadiah khas bersama spesies tongsan sisik halus dengan menawarkan hadiah RM300 bagi tempat pertama dan RM200 untuk tempat kedua.
Ads
Selain ganjaran tunai, pihak kolam turut menawarkan 10 unit kekili jenama Shimano dan dua buah televisyen LED 32 inci berjenama bagi cabutan bertuah atau cabutan bonanza. Yuran pendaftaran penyertaan sebanyak RM100 bagi satu joran boleh dibuat di kaunter pendaftaran yang mula dibuka pada jam 1.00 petang, Sabtu nanti. Sebanyak 1,000 helai baju T lengan panjang disediakan bagi pendaftaran awal.
Ads
Menurut Eddie Rani selaku pengurus pertandingan, bagi sesi memasang pancang yang akan bermula pada 5.00 petang hari Sabtu nanti, pihak kolam telah sediakan pancang di kesemua enam buah kolam yang akan digunakan untuk pertandingan. Dalam erti kata lain, bagi melancarkan perjalanan sesi merebut spot dan atas faktor keselamatan, para peserta tidak dibenarkan membawa pancang sendiri.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tepat jam 12 tengah hari, apabila selesai majlis pelancaran Penang Angler’s Paradise, para media telah berkumpul di Jeti Straight Quay untuk memulakan perjalanan memancing. Peralatan memancing telah disediakan oleh pihak Tourism Pulau Pinang, namun ada juga peserta yang membawa peralatan sendiri. Seramai 15 wakil media telah menyertai program ini dan pihak Tourism telah menyediakan 2 buah bot untuk program Penang Great Fishing ini.
Bot yang saya naiki turut disertai oleh 7 lagi wakil media dan agensi pelancongan Pulau Pinang. Kami menaiki bot sepanjang 55 x 13 kaki yang dimiliki oleh Ah Eng. Bot ini sememangnya cukup selesa untuk kami kerana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, GPS, katil, dapur dan pelbagai lagi.
Ah Eng telah membawa kami ke unjam untuk mendapatkan bekalan umpan hidup. Setibanya di Unjam, kami terus menghulurkan mata kail apollo untuk menjerat spesies ikan pelagik. Baling sahaja umpan, kami terus dihujani dengan segerombolan ikan selar kuning yang bermain di permukaan air. Tidak terkira jumlah yang kami perolehi pada petang itu.
Kami tiba di lokasi tepat jam 6 petang. Tanpa membuang masa, kami terus menghulurkan umpan selar hidup dengan menggunakan teknik hanyut. Spesies buruan kami adalah tenggiri untuk petang ini. Namun, setelah hampir 2 jam menunggu, langsung tiada seekor pun tenggiri yang sudi menjamah umpan.
Oleh sebab itu, tekong mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi rahsianya yang memang didiami oleh spesies ikan gred A seperti jenahak dan kerapu. Kami tiba di lokasi kedua pada jam 8.30 malam. Di spot jenahak dan kerapu ini, ujar tekong teknik yang paling sesuai digunakan adalah teknik pancingan bottom dengan menggunakan umpan sotong atau udang hidup.
Tidak perlu menunggu lama, joran Penn International Custom 50-100lb milik agensi pelancongan terus melendut direntap penghuni dasar. Tidak sampai 3 minit bertarung sudah terlihat kilauan emas di dalam air. Naik sahaja jenahak yang pertama, tidak menang tangan kami melayani penghuni dasar ini. Satu demi satu berjaya dinaikkan.
Belum puas melayani jenahak, kami dikejutkan dengan jeritan mesin Daiwa Opus Bull 6000 yang diletakkan di belakang bot. Pemancing yang berada berhampiran terus menyentap joran dan asakan yang kuat dapat dirasai.
Dengan asakan bertubi-tubi, spesies tersebut berjaya melarikan diri ke lubang persembunyiannya. Kemenangan nampaknya berpihak kepada sang ikan. Menurut Ah Eng, daripada cara permainan tersebut, ia sudah dapat di agak iaitu kerapu bersaiz besar!
Jam sudah menunjukkan angka 1 pagi, namun masih ramai lagi wakil media yang masih berjaga menunggu sang ikan menjamah umpan. Saya yang sedang rancak mencandat sotong untuk dijadikan umpan tiba-tiba dikejutkan dengan lenturan kuat joran yang diletakkan di belakang bot lantas bingkas bangun dan menyentap joran tersebut.
Aksi penutup hari pertama adalah dari wakil agensi pelancongan dan wakil media yang masing-masing berjaya menaikkan jenahak bersaiz kasar. Yang epiknya, kedua-dua ikan tersebut juga telah berjaya mematahkan joran mereka. Bayangkan bagaimana joran yang begitu kuat berjaya dipatahkan dengan asakan si bantal emas ini?
Hari kedua bermula sangat hambar.Tidak ada sebarang getuan dapat dirasai pada sebelah pagi sehinggalah joran milik tekong mendapat satu stike dari penghuni dasar. Ah Eng yang menggunakan kekili elektrik, bagaikan tiada tentangan langsung untuk menaikkan seekor ikan duri berskala hampir sekilogram.
Pada waktu lewat petang pula joran milik wakil media turut direntap ganas. Pada mulanya kami menjangkakan ikan duri yang telah meratah umpan sotong yang dihulurkan, rupa-rupanya sang kerapu hampir sekilogram menunjukkan bayangnya. Wakil media bersorak kegembiraan kerana pada hari pertama tiada seekor pun kerapu berjaya kami naikkan.
Menjelang senja, Tekong mengajak kami berpindah ke Lubuk Kapal Karam yang juga menjadi lubuk favouritenya. Di sini, sekali lagi Ah Eng menjadi pemecah suasana apabila berjaya mendaratkan ikan duri berskala sekilogram.
Tidak lama selepas itu, salah seorang daripada kami menerima asakan kuat dari dasar dan dengan bantuan tekong, beliau berjaya menaikkan kerapu berskala 2 kilogram. Apa lagi riuh rendah suasana di dalam bot apabila satu persatu spesies gred A berjaya dinaikkan. Menurut tekong, semakin hari gelap, semakin galak ikan menjamah umpan.
Menjelang jam 6 pagi, kami pun menuju pulang ke Jeti Straight Quay. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang begitu indah sekali. Kami tiba di Jeti tepat jam 9 pagi. Kebetulan, sebuah lagi bot yang dinaiki wakil media yang lain turut tiba di Jeti.
Walaupun perairan yang bakal menjadi padang pancing rombongan media tidak sejauh dan sedalam lokasi pertandingan, impian untuk bertarung dengan ikan-ikan monster seperti itu sukar untuk ditegah dari merasuk fikiran.
Sebelum memulakan trip, John Kiew dan Brian Ang dari Miri Anglers Club (MAC) yang dijemput menyertai trip membawa kami ke kedai pancing di Bandar Miri untuk mendapatkan kelengkapan memancing yang bersesuaian. Terutamanya saiz batu ladung.
Tepat jam 10.00 pagi, bot khas pancingan laut dalam yang amat selesa, lengkap dengan kabin berhawa dingin bertolak dari Miri Wharf.
Lubuk yang dituju adalah gugusan karang Batu Mat yang memakan masa 3-4 jam perjalanan.
Di semenanjung, jika berhajat dan memancing di kawasan pelantar minyak memakan masa berbelas hingga puluhan jam perjalanan, sebaliknya di perairan Miri, tak sampai satu jam perjalanan dah boleh jumpa pelantar minyak.
Lebih kurang macam nak ke kelong saja jaraknya di semenanjung.
Menghampiri lubuk pertama di gugusan karang Batu Mat, boleh dikatakan merata tempat aksi frenzy ikan tongkol atau aya memburu makanan. Geram memang tak terkata.
Dan hajat untuk casting tongkol-tongkol tersebut terlaksana juga apabila tekong berpengalaman, Lex Bin Mulu melabuhkan sauh berdekatan dengan gerombolan tongkol tersebut.
Hasilnya, dapatlah lenguh tangan. Ini kerana, baik spoon mahupun popper langsung tak diendahkan oleh tongkol-tongkol tersebut yang akhirnya lenyap begitu saja.
Biarpun tongkol bukanlah ikan sasaran, malah bakal digunakan sebagai umpan, setidak-tidaknya dapat juga merasa tarikan dan larian padunya.
Dengan kedalaman hampir 70meter dan dasar yang berarus deras, batu ladung paling berat yang dimiliki seberat 300gram ternyata bukan lawannya.
“Ada lagi berat ke?” itulah pertanyaan Presiden MAC apabila melihat penulis menggunakan batu ladung tersebut.
Penulis hanya mampu tersengih dan terpaksalah gabungkannya dengan sebiji lagi ladung 200gram.
Lubuk Ibu Kerisi
Tindakan penulis memilih port di bahagian depan bot, kononnya senang untuk casting dan jigging sambil menanti umpan bottom mengena, menjurus kepada `terkena’ kerana aksi di bahagian tengah dan belakang lebih produktif.
Tambah pula pada catatan sonar, lubuk kawah dan gerombolan ikan banyak dikesan di bahagian belakang bot. Ia bermula dengan aksi senyap Kadir Bachok, rakan media menaikkan aruan tasik seberat 5kilogram.
Dan aksi mula menjadi rancak dan panas apabila pemancing jemputan yang juga anggota keselamatan tempatan, Matali Haji Yan dan rakan setugas, Izahar melakukan double hook up.
Tambah panas, masing-masing berjaya menghasilkan full house. Perambut appollo 3 mata milik Matali mendaratkan 3 ekor ibu kerisi, begitu juga rakan setugas yang menggunakan perambut appolo 2 mata.
Berpindah ke lubuk kedua di Batu Mat, port di bahagian belakang terus rancak. Berterusan mendaratkan ibu kerisi dan spesies-spesies lain.
Menjelang senja barulah tekanan pemancing di bahagian bot reda apabila Nasir Abd Wahab menaikkan ikan tapak kasut.
Walaupun ia bukanlah spesies ikan yang dikehendaki, setidak-tidaknya ia adalah petanda yang positif. Bahagian hadapan bot pun ada ikan.
Ia terbukti apabila tidak lama kemudian penulis menaikkan ibu kerisi, begitu juga dengan Abu Bakar Atan menaikkan spesies yang sama serta merah.
Sementara Ariffin Nordin yang memancing bersebelahan dengan Izahar di belakang bot turut sama mengakhiri kumpau apabila menaikkan serkot.
Cuma rezekinya tak lama apabila ikan tersebut terlepas dari tangan dan berenang ke habitat asal ketika acara bergambar.
Sesi malam
Pancingan malam ternyata lebih meriah dan riuh. Tiada lagi port istimewa di atas bot kerana setiap penjuru dan setiap pemancing berjaya menaikkan.
Merah, ibu kerisi, serkot, landok, kaci, malah seekor pari turut dinaikkan. Alip yang tekun melakukan jigging berjaya menaikkan seekor pari dengan menggunakan jig yang dicangkut sotong sebagai umpan tambahan.
Sekitar jam 2 pagi, tiupan angin membuatkan laut yang tenang mula beralun. Penulis mengambil keputusan menggantung pancing. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain.
Kabin berhawa dingin disulami ombak yang membuai, nikmatnya umpama tidur di hotel 5 bintang.
Namun tidak lama, sekitar jam 4 pagi, seluruh isi kabin dikejutkan dari tidur apabila bot dipukul ribut.
Tiupan angin selaju 30 knot menghasilkan ombak besar dan menyebabkan bot berayun kuat. Cemas dan panik jugak seketika.
Setelah ribut sedikit reda, tekong mengambil keputusan untuk bergerak pulang. Meskipun trip singkat tidak sampai 24 jam dan tempoh memancing kurang dari 12 jam, ternyata
perairan Miri kaya dengan ikan-ikan gred A dan masih banyak tersembunyi ikan-ikan tahap monster. Malah layak dianggap sebagai syurga memancing laut dalam.
Bila sebut sahaja perihal tarpon atau di sini kami sebut ikan bulan Malaya, tak ramai pemancing yang pandang. Atau ramai yang pandang sebelah mata sahaja. Mungkin sebab ia mudah didapati bahkan turut dianggap sebagai ikan sampah, malah dagingnya yang kurang sesuai untuk dijadikan menu serta banyak tulang maka ia seperti spesies yang dipinggirkan.
Namun bagi kaki-kaki casting terutamanya penggemar teknik pancingan ultralight, ikan bulan atau tarpon ini merupakan salah satu spesies buruan utama kami. Satu kerugian besar jika tidak memburu tarpon sekiranya berkelapangan.
Memandangkan sekarang ini musim hujan, saya cuba jejakkan kaki ke kampung Segantang Garam,Merbok, Kedah. Di kampung Segantang Garam ini bolehlah dikatakan syurga sang bulan. Berbekalkan kekili Shimano Curado 71HG yang saya padankan dengan joran Nemesis 2-6lb, saya cuba memujuk sang bulan.
Lazimnya ikan bulan dipujuk menggunakan softplastic lure atau sinking pencil lure yang bersaiz kecil (mikro), tetapi kali ini kawan saya yang merupakan pengusaha kedai pancing yang saya kenal mengesyorkan penggunaan gewang permukaan atau popper yang baharu tiba di kedai beliau.
Popper kecil yang beratnya cuma 3gram berwarna merah berkilau menjadi senjata percubaan. Ternyata ia begitu tidak menghampakan dan menerima sambutan luar biasa daripada sang bulan. Terkaman demi terkaman saya terima.
Pada peringkat awal banyak terkaman yang diterima berakhir dengan kegagalan. Banyak yang lucut atau tidak lekat pada mata kail. Setelah saya tempo kayuhan dan daya strike, berjaya juga saya daratkan sang bulan yang rata-ratanya berskala berat 400 hingga 800gram. Saiz demikian mungkin kecil tetapi dalam skop pancingan ultra ringan, ia adalah saiz yang cukup menghiburkan.
Sesi casting hari di kampung Segantang Garam yang menghiburkan mendorong saya untuk kembali lagi keesokan harinya. Kali ini saya bawa bersama teman-teman sehobi. Namun nasib kami sedikit malang berikutan ketibaan kami disambut oleh hujan yang sangat lebat.
Setelah hampir sejam menunggu penuh sabar hujan pun berhenti dan sang suria kembali memancar. Kata orang,ikan bulan lebih aktif selepas hujan. Dan ia terbukti benar dan hujan bukanlah membawa malang sebaliknya rahmat. Balingan demi balingan gewang disambut rakus oleh sang bukan. Malah kali ini saiz bulan lebih kasar dan benar-benar menghiburkan kami.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...