Ancaman Ribut

Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda. Jangan terlalu leka memancing sehingga tidak memantau keadaan sekeliling.

 

Minyak spare

Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Begitu juga jika anda adalah seorang tekong. Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.

 

Langkah Keselamatan Ketika Memancing!!

 

Bawa Lampu suluh

Ads

Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam. Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.

 

Jaga Adab Tutur Kata

Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan. Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri. Tingkah laku juga perlu dikawal.

 

Langkah Keselamatan Ketika Memancing!!

Ads

 

Ancaman Sambaran Kilat

Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.

 

Jangan Gelojoh

Ads

Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang. Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.

 

Awasi Tunggul

Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut. Terutamanya jika berlaku perubahan kedalaman air.

 

Langkah Keselamatan Ketika Memancing!!

 

Bawa Kotak First Aid

Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya. Kemalangan sememangnya tidak berbau. Ramai yang tidak mengambil peduli tentang perkara ini sehinggalah berlaku kemalangan atau sebagainya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI