Semasa bot bertolak, ada baiknya anda berada di posisi menghadap laut sambil menghirup udara segar. Jangan duduk secara mengiring atau banyak berbual, kerana ia membuatkan fikiran anda tidak fokus. Paling penting jangan duduk di bahagian belakang bot yang menyebabkan anda terpaksa menghidu asap dan bau minyak diesel.

 

Ini khusus untuk mereka yang belum biasa berada di laut. Jangan lakukan kerja memasang mata kail, membuat perambut di atas bot atau membuat sambungan tali. Kerja-kerja teknikal ini ada baiknya anda sediakan sebelum bertolak.

 

Langkah Awal Melawan Serangan `Mabuk Laut’!!

 

Untuk mengelak rasa loya, air liur terasa pahit, ada baiknya anda membawa air yang masam seperti jus oren, gula-gula berangin atau makanan jenis asam. Menghidu kulit limau juga perkara yang baik mengelakkan dari loya. Jangan dilupakan minyak angin atau balm yang boleh anda sapukan pada bahagian tengkuk, leher, dahi atau sekitar lubang hidung.

 

Ads

Bila berada di atas bot, elakkan mata tertumpu pada alunan ombak. Sebaiknya biarkan mata anda memandang jauh ke hadapan. Melihat ombak turun naik boleh menyebabkan anda merasa mual dengan pantas.

 

Langkah Awal Melawan Serangan `Mabuk Laut’!!

 

Rancang perjalanan anda dengan baik. Jika memandu dari KL ke Kuala Terengganu, ada baiknya bertolak awal dan rehat 2-3 jam sebelum menaiki bot. Bawa kenderaan secara bergilir-gilir dengan rakan. Jangan beri beban pada seorang rakan memandu secara berterusan.

Ads

 

Perut yang terlalu kenyang sebelum menaiki bot akan menyebabkan proses penghadaman tidak berlaku dengan betul. Akibatnya memang akan cepat mual dan boleh muntah serta merta sebaik sahaja berlepas dari jeti. Sebaiknya alas perut sahaja sudah mencukupi.

 

Langkah Awal Melawan Serangan `Mabuk Laut’!!

 

Ads

Jika berhasrat pergi memancing ke laut dalam (trip 2-3 hari) cuba dahulu trip pendek seperti mencandat sotong atau memancing di perairan yang tidak jauh dari pantai. Cara ini mampu membiasakan diri anda berhadapan dengan alun dan ombak.

 

Sekiranya anda berasa ingin muntah, jangan tahan, sebaliknya biarkan muntah itu keluar. Biasanya selepas muntah, anda akan kembali segar. Pedulikan rasa malu pada rakan-rakan kerana anda yang menderita, bukan mereka.

 

Langkah Awal Melawan Serangan `Mabuk Laut’!!

 

Mereka yang muntah berkali-kali biasanya akan lembik dan keadaan ini mungkin akan memudaratkan kesihatannya kerana perut kosong. Walaupun ada bekalan nasi, ada di kalangan mereka yang tidak lalu makan makanan berat. Justeru makan buah-buahan seperti tembikai, epal hijau, lai juga amat bagus bagi mengelakkan perut kosong.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI