Lagi spesies ikan air tawar terbaik!!

Share

 

TENGGALAN

Nama saintifik : Puntius bulu

Nama umum : Carp, Barb

Nama tempatan : Tenggalan

 

Ikan tenggalan atau nama saintifiknya iaitu Puntius bulu merupakan salah satu spesies ikan air tawar yang terkenal yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Isinya yang lembut, padat dan lazat membuatkan nialinya melambung tinggi.

 

Tenggalan juga dikenali sebagai spesies yang mempunyai daya renangan yang laju dan tinggal di kawasan sungai-sungai yang besar di Malaysia.

Bentuknya sedikit lebar menyerupai ikan lampam. Tenggalan bersifat omnivor dan diet utamanya terdiri daripada tumbuhan kecil serta krustasea kecil.

 

 

BUJUK

Nama saintifik : Channa lucius

Nama umum : Forest snakehead

Nama tempatan : Bujuk, Haruan Bujuk

 

Bujuk (Channa lucius) tergolong dalam salah satu spesies ikan kepala ular atau snakehead. Ia merupakan spesies yang cantik dengan warna perang gelap serta tompokan hitam di badannya. Badannya sedikit pendek dan bulat padat.

 

Habitatnya biasanya di kawasan berair cetek dengan rumpai atau reba di paya atau alur sungai yang kecil. Bujuk mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding haruan. Spesies ini bersifat karnivor dan diet utamanya ialah anak ikan dan serangga.

 

 

TEMOLEH

Nama saintifik : Probarbus jullieni

Nama umum : Jullien’s Golden Barb, Seven-stripes Barb

Nama tempatan : Temoleh, Temelian

 

Temoleh (Probarbus jullieni) merupakan antara spesies yang semakin jarang ditemui. Ciri utama ikan ini ialah ia mempunyai tujuh garisan hitam di badannya.

Mulutnya pula menghala ke bawah dan ini sesuai dengan tabiat makannya iaitu pemakan dasar dengan memakan tumbuhan akuatik, krustasia dan serangga.

Temoleh bersaiz dewasa berwarna kekuningan dan lebih terang berbanding temoleh kecil. Selain itu temoleh mampu mencapai berat sehingga 70kg ketika dewasa.

 

 

 

Published by
Amang