Beberapa lagi istilah kaki pancing bahagian dua dalam umpantoon untuk diketahui , diingat dan dihafal dalam usaha nak jadi pemancing tegar atau nak join besembang dengan kaki pancing tegar.
Lubuk (fishing spot)
Kawasan berpotensi mempunyai habitat sasaran pemancing.
Mata bom
Sejenis perambut di mana terdapat 2 atau lebih mata kail yang dikumpulkan bagi memegang umpan.
Mesin katak
Kekili yang telah dimodifikasi mana mengeluarkan bunyi drag yang kuat dan nyaring. Biasanya menggunakan kekili jenis lama.
Ads
Bihun / sarang burung (noodle/bird’s nest)
Tali bersimpul di gelendong kekili. Kerap berlaku apabila balingan tidak betul atau tergesa-gesa di kekili baitcaster.
Ngeteh
Berbual-bual bersama rakan di restoran sambil minum tetapi tidak semestinya teh.
Ads
Boron (giant grouper)
Gelaran bagi ikan kerapu besar. Bila makin besar ia akan dipanggil sebagai tong gas.
Buntat
Tangkal yang digunakan pemancing.
Ads
Getuan (nibble)
Bila melihat hujung joran bergetar perlahan.
Gewang (lure)
Umpan tiruan yang biasa digunakan oleh kaki casting bagi menipu ikan.
Kapal selam (submarine)
Gelaran untuk ikan aruan tasik. Ini kerana kekuatannya melawan dari bawah hingga ke permukaan air.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ada sesiapa yang berdarah O? Kalau korang bukan berdarah O, tak mengapalah… tapi kalau korang ada kawan yang berdarah O, bersahabatlah dengan beliau. Sesungguhnya pemancing berdarah O ini banyak keistimewaannya.
Seorang yang sangat komited. Kalau memancing akan diusahakan sehingga berjaya dapat ikan.
2. Tak kisah pemancing lain dapat ikan walaupun sepatutnya dia dapat ikan tersebut. Asalkan orang lain bahagia walaupun menangis dalam diam.
3. Seorang teman yang sejati. Senang cakap takkan kencing member sendiri.
4. Berpewatakan tegas dan keras pada luaran sahaja, hati tetap tisu jugak.
5. Seorang yang fleksibel. Jika korang berbuat baik, dia akan berbuat baik tapi kalau berbuat jahat, dia akan membalas dengan kejahatan juga.
6. Sangat tidak berkira dan tidak berdendam. Masalah-masalah kecil akan dilupakan begitu saja.
7. Setiap kebaikan orang akan diingati, malah akan dibalas melebihi apa yang diperoleh.
8. Sentiasa berusaha untuk kelihatan padu dan gagah walaupun berada dalam keadaan sedih seperti kumpau berdarah.
9. Setia! Percayalah… pemancing berdarah O ini seorang yang sangat setia tidak kiralah terhadap pasangan, kerjaya ataupun hobi. Jadi, sia-sia sajalah kalau korang ajak diorang ni buat hobi lain selain memancing.
10. Seorang yang adil… dan sangat bencikan pada pembohongan dan kemunafikan. Maknanya, pemancing berdarah O ini bukanlah jenis pemancing yang nak berbohong pasal berat ikan atau mengaku ikan orang lain, dia yang dapat.
Tasik Chini yang terletak di Pahang Tengah merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Keluasannya merangkumi kawasan seluas 5,026 hektar. Tasik Chini terbentuk daripada pertemuan 12 saliran air yang lebih dikenali sebagai ‘laut’ di kalangan penduduk setempat. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Tasik Chini merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik di negeri Pahang. Ia terletak kira-kira 250 km dari Kuala Lumpur dan 100 km dari Kuantan dan boleh diakses melalui jalan raya melalui Lebuhraya Karak atau Lebuhraya Segamat.
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.
Sejarah & Mitos
Tasik Chini menawarkan persekitaran yang tenang dan damai disebalik misteri dan lagenda zaman berzaman yang tiada jawapan hingga kini. Kononnya, pada zaman dahulu , tasik Chini adalah tapak sebuah kota besar Khmer yang kini telah tenggelam dan dijaga oleh makhluk misteri.
Dicanangkan, di sini ada sebuah kota lama iaitu Kota Tasik Daksina yang dikatakan tenggelam di dasar tasik. Diceritakan juga ada perkampungan di bawah tasik chini itu di mana terdapat harta karun yang berupa emas. Seekor naga menjaga harta karun itu dari diganggu oleh sesiapa pun. Ada juga yang mengatakan bahawa naga air itu suka memakan teratai di tasik tersebut.
Pelbagai kisah misteri yang diceritakan dari masa ke semasa. Bagi sesiapa yang menginap di sana, sudah pasti ada pengalamannya sendiri. Kisah hantu air, kisah naga berkelahi sesama sendiri, kisah naga air yang diberi nama Naga Seri Gumum yang cukup sinonim dengan Tasik Chini. Jika ada masa dan ruang, cuba-cubalah bertanya kepada mereka yang sudah lama di situ.
Kaum Orang Asli Suku Jakun sudah lama menetap di situ. Ada di antara mereka yang mengekalkan tradisi nenek moyang kita dengan mengamalkan athiest dan ada yang sudah memeluk agama Islam.
Info Ringkas Tasik Chini
Tasik semula jadi seluas 5,026 hektar yang berada di tengah Pahang
Menjadi habitat 138 spesies flora, 144 spesies ikan air tawar dan kira-kira 300 spesies hidupan bukan akuatik
Terkenal dengan kisah mitos mengenai naga, bahkan turut dijadikan pusat kajian kewujudan Kota Lama Empayar Khmer yang berada di dasarnya
Terdapat 12 tasik atau pulau di Tasik Chini yang membentuk tasik sebagai tasik kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
Semua tasik atau pulau di Tasik Chini dikenali sebagai ‘laut’ oleh penduduk tempatan, antaranya dipanggil Laut Gumum, Laut Pulau Balai, Laut Chendahan, Tanjung Jerangking, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jembarau
Diiktiraf sebagai kawasan rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO)
Kira-kira 500 penduduk Orang Asli tinggal di beberapa kampung sekitar Tasik Chini
Pokok teratai ini dikatakan bermusim dari bulan Jun hingga bulan September.
Ikan lais merupakan spesies yang semakin berkurangan kebelakangan ini. Tambah sukar kerana bukan semua sungai di Malaysia ada spesies ini. Salah satu sungai yang masih ada spesies ini adalah Sungai Endau, di Mersing, Johor. Sungai Endau ini bersambung dengan Sungai Sembrong di Kluang, Johor.
Ikan lais juga spesies yang bermusim. Dalam erti kata lainnya, ia bukanlah tidak boleh dipancing sepanjang masa. Biasanya, jumlah ikan lais banyak muncul selepas musim banjir. Namun di luar musim ada juga namun bilangannya agak sedikit.
Faktor air juga penting untuk memancing lais. Biasanya lais lebih mudah dipancing ketika air sungai jernih. Bila air sungai keruh agak sukar menjejak ikan ini. Dari segi umpan pula, cengkerik adalah umpan yang terbaik. Namun umpan lain seperti cacing atau anak udang juga boleh digunakan.
Dari segi peralatan memancing, memadai menggunakan peralatan ringan atau ultra ringan saja. Peralatan untuk memancing udang galah juga boleh digunakan untuk memancing lais. Mata kail kecil saiz 11-13 sudah mencukupi. Perambut halus 6-10lb dah dikira ok sangat.
Teknik perambut pula agak berbeza. Ikatan perambut stail apolo 2 mata adalah yang terbaik. Cara lais memakan umpan adalah dengan membawa lari umpan dengan laju.
Masa tu kita perlu membuat sedikit sentapan lembut pada joran dan melayannya dengan perlahan-lahan hingga ia timbul di permukaan. Spot atau lubuk lais pula biasanya berkumpul di teluk-teluk atau suak-suak sungai yang tenang dan juga tempat yang berarus perlahan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...