Lady Angler Umpan – Haiza Makin Ketagih Memancing

Share

 

Nama: Rohaizah Bt Hussein

Nama fb: Haiza Sweethoney

 

 

UMPAN: Bagaimana anda boleh terlibat dalam dunia memancing ini dan sejak bila?

HAIZA: Walaupun berkahwin dengan seorang pemancing tegar, pada awalnya saya langsung tidak berminat untuk ikut sama memancing.

Kira-kira 10 tahun lepas barulah saya mula ikut suami pergi memancing. Namun hanya serius sejak 5 tahun lepas apabila suami mula memasarkan produk umpan memancing kolam air tawar dan juga sebuah kedai peralatan memancing secara kecil-kecilan.

 

 

UMPAN: Kenapa anda akhirnya kekal dengan hobi memancing ini?

HAIZA: Benarlah kata orang bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebelum saya mencuba hobi ini, saya tidak nampak apa pun keseronokannya.

Tapi setelah terkena `karan’… terbukti hobi memancing ini boleh buat ketagihan. Saya pilih hobi ini sebab ia menyeronokkan.

Lebih-lebih lagi bila dapat tarik ikan dan boleh juga dapat menghilangkan stress. Dan yang penting ia semata hobi… dari hobi inilah ia menjana pendapatan buat kami.

 

 

UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

HAIZA: Antara cabaran yang paling hampir dengan saya tentulah halangan untuk bersama anak-anak.

Ada ketikanya terasa berat juga bila terpaksa tinggalkan anak-anak sebab untuk mengutip pengalaman dan berniaga di tempat orang.

 

 

Harapan saya pula, semoga hobi ini akan dapat dikekalkan dan membuka mata semua orang bahawa wanita juga boleh memancing seperti org lelaki.

Selagi ada daya kekuatan dalam diri dan semangat selagi itulah saya akan terus memancing. Hasrat satu je lepas ni teringin nak tarik GT kerbau. Hihi…

 

 

UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit manis atau pecapaian yang anda banggakan?

HAIZA: Pengalaman manis dan pecapaian yang paling membanggakan ialah tertunainya hasrat besar saya untuk menjejakkan kaki ke Bungsamran Fishing Park di Thailand.

Sebabnya memang sudah lama saya teringin nak ke sana. Selain itu saya sangat berpuas hati dengan kemampuan saya dapat mendaratkan kerapu naga… ahahaha. Bukan senang tau… ihihi.

 

 

Manakala pengalaman pahit dan rasa terkilan serta kecewa bila ada orang memperlekehkan kewujudan dan kebolehan wanita dalam dunia memancing.

Kemudian perbandingkan pula pemancing wanita tempatan yang memancing semata-mata kerana hobi dengan pemancing wanita professional dari negara luar.

 

lady angler seterusnya Lady Angler – Nurul nak memancing seluruh dunia

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang