Nama Penuh: Siti Rosida Taha
Nama FB: Siti Rosida Ida
Usia: 43 thn
Lokasi: Kepala Batas, Penang
UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing?
ROSIDA: Mula memancing ni sejak dari bangku sekolah lagi. Maklum sajalah tinggal di kampung ada bendang, paya semua redah. Biasanya mancing setakat puyu dan haruan saja.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
ROSIDA: Memancing ni hobi yg sangat jarang dipelopori oleh kaum wanita. Saya sukakan kelainan, kalau orang lelaki boleh memancing mengapa wanita (saya) tidak boleh.
Memancing ni memberi kepuasan dan keyakinan kepada saya. Memancing ni juga mendekatkan diri kita dengan alam ciptaanNya. Memancing membuatkan kita banyak bersabar dan memahami erti kepayahan seorang nelayan di dalam mencari rezeki.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
ROSIDA: Rintangan bila memancing, bila ada trip sesetengah tekong takut nak bawa sebab kurang yakin dengan pemancing wanita seperti saya. Harapan saya, agar dapat menarik minat ramai lagi pemancing wanita di luar sana dan mengetengahkan bakat yang terpendam.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
ROSIDA: Pengalaman manis bila dapat join memboating dengan geng ladies angler di sekitar Pulau Aman. Pengalaman pahit, bila casting ikan haruan, ikan tak dapat, jumpfrog melekat di paha. Ke hospital pulak untuk proses membuang jumpfrog.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
ROSIDA: Pertama kali dapat naikkan ikan toman seberat 7-8 kg di Tasik Chenderoh. Ikan talang dalam trip Pulau Payar. Ikan pacu satu kolam di kolam berbayar.
Sasaran seterusnya ingin memancing ikan layaran. Andai diberi peluang join mana-mana trip memburu layaran, insyaAllah nak juga mencuba. Banyak lagi ilmu memancing yang belum dipelajari. Mohon tunjuk ajar.