Nama Penuh: Norfashila Binti Hj Lamsin
Nama FB: Shielaeicha
Usia: 33 Tahun
UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing?
SHIELA: Minat memancing dari zaman budak-budak lagi. Tapi keminatan yang melampau timbul sejak ikut husband memancing.
Mulanya sekadar ikut-ikut saja. Kemudian baru cuba-cuba memancing. Bila dah rasa strike ikan… terus jadi peminat nombor satu.
Oleh kerana terlalu minat, saya sanggup join mana-mana tournament memancing. Pelbagai tempat saya ikut pergi seperti Keningau, Tenom, Kota Merudu, Sipitang dan
paling jauh saya pergi ke Sarawak (Kolam MGP). Selain memancing di kolam-kolam pancing, saya juga memancing di sungai dan laut sama ada casting, bottom atau trolling.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
SHEILA: Memancing ni MENCABAR dari segi kesabaran. Kebanyakan para lelaki menganggap wanita ni tak sesuai memancing tapi bagi diri saya tidak dan saya cabar diri saya agar setanding seperti angler yang lain.
Selain itu ia boleh release stress dari kesibukan kerja dan kota. Walaupun dalam keadaan penat tetapi bila memancing segala penat lelah serta merta boleh hilang.
Saya sebenarnya mempunyai hobi yang lain dan kekal aktif seperti futsal dan volleyball. Namun memancing masih menjadi hobi nombor satu.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
SHIELA: Memang banyak bintangan bila meneruskan hobi ni… terumanya dari segi financing.
Benarlah apa yang pemancing biasa cakap bahawa kami bukan orang kaya tapi hobi kami mahal!
Walau bagaimana pun ini tidak akan menghalang saya daripada terus memancing. Memang susah nak berhenti sebab sudah jadi minat.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
SHIELA: Pengalaman manis bila dapat berkumpul dengan abang-abang dan kakak-kakak angler. Berkumpul dalam satu kumpulan dan memancing bersama.
Ia secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim bersama.
Saya juga ada menubuhkan grup memancing… Santai-santai Pancing (SSP) dan saya satu-satunya wanita dalam grup ini.
UMPAN – Apa pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
SHIELA: Saya pernah jadi juara dalam beberapa pertandingan memancing. Biarpun hadiahnya kecil tetapi saya rasa tu satu penghargaan kepada diri saya.
Ia mendorong saya untuk terus mencuba dan mencuba lagi.
Manakala sasaran saya satu sahaja… saya akan teruskan hobi saya ini selagi kudrat saya masih ada kerana memancing ini satu kepuasan yang tak terhingga apatah bila dapat STRIKE MEGA.
Baca juga LADY ANGLER – Rohida tidak mahu dipandang rendah
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan