Lady Angler – Nurul Nak Jelajah Pancing Seluruh Dunia

Share

 

Nama penuh: Nurul Haziqah Binti Ridwan

Nama FB: Nur Cahaya

Usia: 27

Port: Kuala Lumpur

 

UMPAN: Ceritakan bagaimana boleh terlibat dan sejak bila memancing?

NURUL: Sebenarnya sejak dari kecil lagi ayah selalu pergi memancing dan bawa satu family. Jadi saya dah terbiasa ikut.

Sedikit demi sedikit minat itu muncul nak cuba memancing. Bila dah berkahwin… saya memperoleh suami yang hobinya juga suka memancing.

Dan sekarang ini saya lebih kerap turun memancing bersama suami dan keluarga.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?

NURUL: Saya pilih hobi memancing ni sebab rasa seronok dan memuaskan. Daripada duduk tunggu dan tengok saja lebih baik ikut memancing. Dapat juga hasil.

Selain dapat ikan, dapat juga bercuti sambil beriadah.

 

 

UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

NURUL: Hobi yang takde cabaran pasti tidak menyeronokkan. Segala cabaran yang ada dalam memancing ni jika dilalui dengan tenang akan menghasilkan sesuatu yang indah.

Harapan saya nak merantau ke seluruh dunia, insya-Allah. Bila suami bersama saya rasa lebih kuat dan semangat walaupun tengah kurang sihat.

Insya-Allah saya sanggup mencuba dan menempuhi apa jua cabaran semasa memancing.

 

 

UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit?

NURUL: Setakat ini belum ada lagi pahit sepanjang memancing. Sebaliknya setiap kali memancing pasti ada pengalaman yang manis.

Pengalaman manis setiap kali memancing mesti dapat belajar sesuatu yang baru daripada pemancing yang lebih berpengalaman.

 

 

UMPAN: Pecapaian yang membanggakan yang anda peroleh?

NURUL: Bagi saya setiap tangkapan membanggakan walaupun yang naik saiz baby je. Seronok tetap ada.

Contohnya macam Kolam Battle tempoh hari, walaupun hanya berjaya menduduki tempat keempat, ia tetap menyeronokkan dan satu pencapaian yang membanggakan juga.

 

 

Published by
Amang