Nama Penuh: Nurshafika
Nama FB: Myka Rafael
Usia: 29
Asal: Singapura
UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing?
MYKA: Sejak umur 6 atau 7 tahun. Datuk saya asal orang laut yang menetap di laut Changi di Singapura.
Jadi, bila dia rindu suasana pantai setelah rumah-rumah kampung dihapuskan, setiap hujung minggu kami akan pergi berkelah sambil memancing.
Masa tu kecil lagi jadi ayah dan abang saya yang ajar saya perlahan-perlahan. Bila dah meningkat dewasa, saya selalu pergi memancing sendirian sehinggalah bertemu teman-teman baru dari kelab Singapore Surf Cast pada tahun 2015.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
MYKA: Saya suka hobi yang mencabar dan sebenarnya memancing ini bukanlah senang. Memancing banyak mengajar saya erti kesabaran dan agar tidak senang putus asa.
MYKA: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
MYKA: Rintangannya pada tahun 2017 bila saya mengambil alih kelab Singapore Surf Cast sebagai Presiden sehingga kini.
Pertukaran pengurusan baru memang agak susah untuk orang percaya. Lagipun, saya seorang wanita, kelab tu kebanyakannya lelaki.
Tetapi alhamdulillah, saya banyak dapat sokongan dengan kerjasama rakan rasmi dan juga teman-teman seperjuangan.
Kelab ini dinamakan semula sebagai Singapore Sports Angling Federation kerana arah kami ingin menjadikan memancing sebagai satu sukan. Kini, kelab kami telah mencecah 10,000 ahli.
Tahun ini adalah, tahun ke 7 kami dan kami akan menganjurkan Annual Surf Casting Competition yang ke-8 di Singapura dan juga friendly match memancing kedua Singapura vs Malaysia akan diadakan di Singapura.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
MYKA: Kenangan manis pada tahun 2015, saya ke South Africa sendirian untuk menyertai pertandingan memancing dan memancing jerung dari darat. Waktu tu hamil 2 bulan.
Alhamdulillah, anak saya okay walaupun terlari-lari masa untuk mendaratkan ikan. Selain South Africa, saya juga melawati Malaysia, Indonesia Thailand, Maldives, Hong Kong, Japan untuk mengenali cara mereka memancing.
Pengalaman pahit, dua kali saya melawan ikan tapi ikan tidak dapat didaratkan setelah lebih 30 minit melawan. Lumrah memancing. Tapi itulah, sakit hati jugak sampai sekarang. Hahaha!
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
MYKA: Pencapaian tahun lalu, saya dapat menimbah ilmu bersama Wak Jali dari Wak Jali Events Management bagaimana beliau menguruskan event yang besar di Malaysia.
Beliau adalah mentor yang sangat humble. Percapaian seterusnya, setelah berfikiran panjang saya membuka syarikat kecil bernama Fika’s Management dan juga ecommerce
marketplace AlongéLines yang mengedarkan alat mememancing dari UK dan South Africa seperti Jenama Zziplex, Maver, Italcanna, dan Blue Marlin.
Alhamdulillah, pencapaian saya adalah dari sokongan keluarga terutama sekali suami dan ibu juga teman-teman yang banyak menyokong.
Sasaran saya ingin mengembang dan menaikkan taraf industri memancing di singapura dan berkongsi asas memancing bersama teman-teman yang ingin memulakan memancing sebagai hobi.