Nama: Nur Fatika Binti Mohamad Rasid
Nama sosmed: Cahaya Fatika
UMPAN: Sejak bilakah anda mula terlibat dengan dunia hanyir ini?
FATIKA: Menurut Masta Aboh (ayah), Fatika sudah didedahkan dengan dunia hanyir ini sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika itu Fatika sudah dibawa oleh Masta Aboh ke mana-mana saja beliau pergi memancing.
Dari situlah Fatika mula memperlihatkan minat terhadap aktiviti memancing sehinggalah ke hari ini.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?
FATIKA: Salah satu sebab Fatika memilih hobi ini kerana ia membuat diri rasa tercabar. Dari hobi ini juga membuat kami sekeluarga mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.
Selain itu Fatika suka memilih hobi memancing kerana ia mengajar Fatika erti kesabaran.
Fatika ada 9 adik beradik (Farishal, Farisham, Famiraa, Famila, Farizol, Faliana, Faiz dan Fahirah). Fatika anak yang ke-8. Kesemua kami 9 adik beradik minat yang sama… mungkin kerana mengikut jejak ibu bapa.
Sekarang hanya Fatika dan ma aboh (ibu dan ayah) sahaja tinggal sebumbung. Jadi kami akan habiskan masa dengan setiap petang turun ke port.
Masta Aboh akan mencari port untuk memancing dan kami akan berkomplot satu family untuk mengisi masa bersama.
Kami bukan hanya mencari haruan di parit, tapi sungai mencari udang galah dan ikan di sungai. Bahkan di laut juga.
Fatika sangat bersyukur kerana mempunyai dua insan iaitu syurgaku Mohamad Rasid Hussin (aboh) dan syurgaku Zalina Mohamed (ma). Kedua-duanya masta paling Fatika hargai.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan dalam meneruskan hobi ini?
FATIKA: Fatika beranggapan kesemua rintangan yang perlu ditempohi hanyalah sebagai satu cabaran untuk mencapai kejayaan.
Tanpa rintangan dan halangan, kejayaan terasakan bagai masakan kekurangan rencah.
Harapan pula semoga wanita juga diberi keizinan untuk menyukai hobi memancing dan dihormati sebagaimana pemancing lain.
Kami tidak cantik dan tidak berkemampuan untuk kelihatan cantik ketika memancing tetapi kami menyintai hobi ini.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit manis ketika memancing?
FATIKA: Banyak kenangan manis yang ditempuhi ketika memancing. Saat paling manis tentulah ketika setiap kali dapat strike ikan.
Bila dah strike ikan semuanya jadi indah dan manis. Namun pengalaman manis dan lucu yang tidak dapat Fatika lupakan ialah ketika terjatuh di dalam parit ketika mengambil ikan.
Sementara kenangan pahit pun banyak juga. Namun pengalaman pahit ialah banyak kali balik rumah dengan tangan kosong atau kumpau. Pada Fatika kumpau itu bukan indah tapi pahit!
lady angler seterusnya lady angler Yana Fish On
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan