Lady Angler – Ayu Pernah Tercampak Ke Laut Dalam

Share

 

Nama penuh: Samsiah Jaafar

Nama FB: Ayu Trisun

Usia: 40 tahun

 

UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing?

AYU: Kalau sekadar memancing biasa-biasa tu sudah agak lama tetapi penglibatan secara serius dalam sukan memancing ni sejak 2012.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?

AYU: Memancing merupakan hobi yang lain daripada yang lain. Ia satu-satunya hobi yang menyeronokan dan tidak pernah menjemukan.

Keseronokannya tidak boleh diceritakan tetapi boleh dirasai. Apabila ikan menyambut umpan… memang tidak boleh ditulis atau dilukis perasaan itu.

Hobi ini juga dapat menghilangkn stress bila penat berkerja.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?

AYU: Rintangan yang paling besar adalah untuk membina keberanian kerana saya pernah dipukul ombak besar dan kehilangan joran semasa ikan memakan umpan (teknik bottom).

Harapan saya agar dipermudahkan rezeki untuk menaikkan ikan yang lebih besar bersaiz 50kg ke atas.

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman pahit dan manis sepanjang memancing?

AYU: Pengalaman manis… ketika memancing di perairan Koh Adang, Thailand selama 4H3M dan perairan Mersing, Johor selama 3H2M (turun memancing setiap bulan di perairan Pulau Pemanggil).

Pengalaman pahit… berhadapan dengan ribut semasa di tengah lautan dan pernah tercampak ke laut dalam semasa berada di atas bot.

 

 

UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?

AYU: Berjaya mendaratkan ikan layaran di perairan Thailand dan Mersing. Menaikkan ikan ebek, tenggiri, gerong belang dan lain-lain lagi dengan teknik jigging.

Impian saya… ingin merasai pengalaman memancing di perairan Maldives.

 

 

UMPAN: Difahamkan anda menyertai kelab memancing, boleh ceritakan sedikit tentang kelab tersebut?

AYU: Saya mula terlibat dengan kelab Lady Angler Johor Darul Takzim (LA JDT) pada tahun 2017 dan saya selaku setiausaha kelab.

Kami telah menganjurkan pertandingan amal LAJDT CHARITY FISHING CHALLENGE pada 6 April lalu.

 

Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari pemancing wanita seluruh Johor bagi memeriahkan event ini. Penyertaan bukan sahaja kepada pemancing wanita sahaja, ia terbuka juga kepada pemancing lelaki.

 

Tujuan event untuk menarik seberapa ramai angler wanita di seluruh Johor agar dapat berkumpul dan mengeratkan silaturahim dan mengumpul dana untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan di sekitar Johor.

 

 

 

Published by
Amang