Nama: Ain Ahmad
Nama sosmed: Ain Ahmad
Usia: 29tahun
UMPAN: Boleh ceritakan sejak bila anda mula memancing?
AIN: Sebenarnya Ain mula memancing semenjak daripada umur belasan tahun. Akan tetapi hobi ini tidak diteruskan sebab masa tu masih lagi dalam zaman persekolahan.
Sejujurnya, minat memancing dengan teknik casting ni bemula sekitar 5 tahun lepas, atas ajakan ayah.
Ayah Ain sememangnya seorang kaki pancing tegar yang banyak mengetahui akan teknik-teknik memancing ni.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan? Hehe… jadi, sejak dari tu Ain jadi ketagih untuk belajar dan meneruskan hobi ni sampai sekarang.
Dan sekarang mula berkongsi hobi dengan abang dan adik perempuan Ain.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
AIN: Ain memilih Hobi ni sebab ia merupakan terapi minda untuk diri Ain dan merupakan suatu kepuasan daripada segi mental dan fizikal.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
AIN: Rintangan yang dihadapi sepanjang memancing macam-macam jenis seperti perubahan cuaca yang tak menentu dan jarak perjalanan untuk pergi ke port yang diidamkan.
Harapan Ain pula, Ain harap hobi ni dapat diteruskan tanpa mengira jantina dan umur… yakin boleh!
Khusus untuk semua pemancing wanita di luar sana, abaikan kata-kata negatif di sekeliling.
Sebab Ain tahu sedikit sebanyak ramai di antara orang luar sana yang belum dapat menerima kehadiran pemancing wanita dan menganggap golongan wanita ni sebagai TIDAK LAYAK untuk sertai hobi ni.
Apa pun halangan dan rintangan, teruskan hobi memancing supaya legacy pemancing wanita semakin dapat dikenali dan diterima umum.
UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman manis & pahit ketika memancing?
AIN: Sudah tentunya yang manis tu apabila Ain dapat merasa hasil daripada gegaran strike walaupun tak seberapa banyak dan besar, namun ia memberi makna dalam perjuangan hobi ini.
Kalau pengalaman pahit tu selain kumpau, pernah terjumpa buaya je kot. Opss… kumpau itu indah, bukan pahit. Hahaha…
UMPAN: Apa pecapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
AIN: Pecapaian yang membanggakan setakat ni belum ada… cuma Ain rasa bangga dapat mengenali dunia memancing ini dengan lebih luas.
Dapat berjumpa dan kenal dengan otai-otai pemancing yang lain.
Sasaran Ain yang seterusnya ialah ingin belajar lagi teknik yang ada terutama jigging dan sudah tentu ingin merasa menaikkan ikan yang bersaiz besar untuk kepuasan diri sendiri dan untuk mengumpul pengalaman dalam dunia hanyir.
Buat masa ni belum dapat melunaskan hasrat itu di atas faktor kekangan masa.
kenali juga Myka, tawan jerung Afrika
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan