Sekitar tahun 1940, sebuah empangan hidroelektrik dibina di Akita, sebuah daerah di negara Jepun.

Ketika itu, projek pembinaan empangan tersebut diakui akan memusnahkan satu-satunya habitat ikan spesies salmon iaitu black kokanee atau kunimasu dalam bahasa jepun,

kerana akan mengakibatkan air menjadi lebih berasid. Begitu pun, projek pembinaan empangan tetap diteruskan.

 

Satu konsesi telah ditubuhkan dalam usaha untuk mengekalkan spesies salmon ini.

100,000 telur salmon ini telah dipindahkan ke sebuah tasik berdekatan bernama Tasik Saiko dengan harapan dapat menyelamatkan spesies ini.

 

Ads

Malangnya, telur yang dipindahkan gagal menetas dan kemungkinan paling buruk iaitu ancaman kepupusan terpaksa ditelan.

Populasi black kokanee atau kunimasu menghilang secara drastik dan dianggap pupus.

 

Sekitar tahun 2010, populasi kecil spesies ini telah ditemui semula di Tasik Saiko, tempat pemindahan telur ikan ini 70 tahun yang lalu.

Ads

Menurut seorang profesor di Universiti Kyoto, Tetsuji Nakabo, penemuan ini sangat mengejutkan.

Dia yang merupakan salah seorang yang menemui kembali spesies ini juga mengatakan bahawa mereka mahu memastikan spesies ini tidak hilang buat kali kedua.

 

Menurut Nakabo lagi, selagi persekitaran dan ekosistem Tasik Saiko dijaga, black kokanee mempunyai harapan yang cerah untuk bertahan.

Ads

Dia juga meluahkan kebimbangan jika terdapat kehadiran pihak secara mengejut yang mahu menangkap spesies ini selepas tersebarnya berita penemuan tersebut akan mengancam populasi kecil ikan ini.

 

INFO

(Black kokanee atau kunimasu merupakan spesies daripada keluarga salmon)

Nama saintifik : Oncorhynchus kawamurae

Habitat asal : Tasik Tazawa (satu-satunya habitat asal)

Penemuan semula : Tasik Saiko

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI