Kriteria Pemancing Kelahiran Oktober

Share

 

Korang lahir bulan berapa? Bulan Oktober? Tahniah kerana korang lahir dalam bulan sportfishing. Berikut merupakan keperibadian pemancing yang lahir pada bulan Oktober menurut tafsiran kami sendiri.

 

Bersopan santun

Maknanya, mereka tak kisah dan tak berebutkan spot memancing terbaik. Time memancing pun mereka menceroboh port pemancing lain dengan balingan menyilang dan sebagainya.

 

Bertolak ansur

Maknanya, mereka tidak kisah jika pemancing lain dapat strike ikan yang sepatutnya kepunyaannya. Kalau kena tinggal trip pun mereka tidak kecewa atau sentap demi kebahagiaan pemancing lain.

 

Pendiam tapi pandai bercakap

Maksudnya dalam dunia memancing, mereka bukanlah tidak pandai memancing tetapi tidak mahu menonjol. Kiranya macam sifu jugalah tarafnya tidak menunjuk-nunjuk ilmu yang ada.

 

Sensitif yang tidak diketahui

Maknanya, korang jangan membahan sangat mereka ni sebab bila-bila masa mereka boleh sentap dan membatalkan trip memancing atau tak jadi beli barang pancing yang korang nak jual pada mereka.

 

Kurang menunjuk perasaan

Maknanya, mereka bukanlah tak happy bila dapat strike ikan besar atau spesies rare, cuma mereka kurang keghairahan untuk meraikannya. Begitu juga kalau kumpau, bukan mereka tak kecewa, cuma sudah terbiasa untuk kecewa.

 

Suka mengkritik

Jangan terkejut jika korang mendapat kritikan spontan daripada mereka kerana ia sudah menjadi kebiasaan pada mereka untuk meluahkan perkara yang sebenar. Orang lain mungkin segan untuk mengkritik cara korang memancing, tetapi mereka tidak.

 

Setia

Maksudnya, kalau mereka sudah berminat dengan hobi memancing, jangan dipaksa untuk menyukai hobi lain. Begitu juga kalau mereka sudah sekian lama jadi pemancing kolam, jangan dipaksa mereka untuk menyukai segmen memancing lain.

Published by
Amang