Sama ada mahu percaya atau tidak, hanya menggunakan krim putar kosong (tanpa perisa dan warna), ia sudah boleh digunakan untuk dijadikan bahan umpan memancing.
Umpanpedia kali ini kami pertunjukkan bagaimana krim putar yang telah dicampur serbuk pewarna ini dijadikan asas penting dalam penyediaan umpan.
Bahan Keperluan:
Umpan krim
Pes perisa
Roti dadu
LANGKAH 1
Ambil kira-kira sesudu kecil krim dan sapukan pada tong bancuhan.
Ads
LANGKAH 2
Masukkan roti yang telah siap dipotong dadu.
LANGKAH 3
Semburkan perisa strawberi atau pandan yang dikehendaki.
Ads
LANGKAH 4
Gaulkan roti bersama perisa dan krim yang disapu pada tong bancuhan.
LANGKAH 5
Ads
Cucuk roti pada mata kail.
LANGKAH 6
Buatkan satu mata seperti sate dan satu lagi cukup sekadar dicucuk 4-5 roti.
LANGKAH 7
Kepalkan dan ia sedia untuk mengumpan patin mahupun tongsan sisik halus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan nak memancing ikan patin perlu dipelbagaikan kerana sebagaimana manusia, patin juga boleh berubah citarasa.
Ada masanya umpan yang biasa-biasa saja pun dia makan, ada ketikanya dia nak umpan yang masam… jadi, umpan yang kita gunakan harus dipelbagaikan.
Berikut merupakan salah satu lagi umpan yang diproses untuk memikat ikan patin.
Bahan-Bahan Keperluan Membuat Umpan
Taufufa – 2 mangkuk (taufufa pasar malam)
Santan segar – 1kg
Tempe – 2 keping
Gula melaka – 1 ketul ( saiz 2 inci )
Ragi – 3 biji ( saiz ibu jari kaki )
Telur itik – 3 biji
Cara-Cara Menghasilkan Umpan:
➡ Masukkan kesemua bahan (kecuali telur itik) ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur dan sebati.
➡ Pecahkan 3 biji telur itik dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar sekali lagi sehingga bahan menjadi lebih halus dan benar-benar sebati.
➡ Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam botol plastik yang agak keras seperti botol minum berkarbonat. Sebaiknya masukkan tidak terlalu penuh atau 3/4 penuh sahaja.
➡ Tebuk lubang halus pada penutup botol bagi memudahkan pengaliran wap bergas dalam proses penapaian yang akan berlaku.
➡ Perap atau simpan botol di tempat teduh dan dingin selama 2 minggu (proses penapaian).
(Tip tambahan)
💡 Umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti dadu.
💡 Sebelum digunakan boleh ditambah pes perisa seperti strawberi atau pandan bersesuaian dengan selera ikan di kolam pancing.
Menggunakan telur ikan tapah untuk memancing ikan baung, mungkin sesuatu yang amat janggal bagi pemancing di Semenanjung Malaysia. Mana nak dapat telur ikan tapah? Jangan kata telur ikan tapah, ikan tapah itu sendiri pun masih ramai pemancing yang belum pernah menyentuhnya, apatah lagi berjaya mendaratkannya.
Namun, penggunaan telur ikan tapah sebagai umpan bagi memancing ikan baung bukanlah sesuatu yang asing di Sarawak, terutamanya di Tasik Bakun. Tentu saja ia bukan sesuatu yang pelik kerana bukan saja populasi ikan baung yang banyak, bahkan ikan tapah juga berkembang biak dengan baik di sana.
Penulis berpeluang menguji sendiri keberkesanan telur ikan tapah sebagai umpan apabila berkunjung ke Tasik Bakun tidak lama dahulu. Ia berlaku secara spontan apabila pekerja di sebuah rumah terapung atau jelatong yang menjadi kediaman penulis, menyiang ikan tapah untuk dijadikan hidangan kami pada malam tersebut.
Tindakan pekerja tersebut mengasingkan telur tapah di dalam bekas itu mendorong penulis untuk bertanya. Apabila dinyatakan telur tersebut bagus untuk dijadikan umpan memancing baung, penulis segera meminta izin untuk mengujinya.
Memandangkan kedatangan kami ke Tasik Bakun lebih kepada trip casting, maka kami tidak membawa peralatan untuk pancingan dasar. Jangankan batu ladung, mata kail pun tiada seorang pun yang membawanya. Sebagai alternatif, penulis cangkukkan sedikit telur tapah itu pada mata kail gewang sesudu. Sesudu seberat 7 gm yang bersifat tenggelam itu pastinya tiada masalah untuk menghantar umpan telur tapah ke dasar tasik.
Memandangkan tidak pasti bagaimana rupa permukaan dasar tasik, penulis tidak membiarkan sahaja sesudu berumpan telur tapah itu terendam di dasar. Sesekali penulis mengangkatnya beberapa inci dari dasar dengan cara mengujun.
Tidak sampai lima minit mengunjun, penulis dapat rasakan ada sesuatu yang menyambar sesudu berumpankan telur ikan tapah berkenaan. Tidak sampai seminit kemudian, seekor baung anggaran berat hampir satu kilogram berjaya didaratkan!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...