Nama penuh: Mohd Khairil bin Nazeri
Nama FB: Krel Nazeri
Usia: 37 Tahun
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong?
KREL: Kata arwah atok, saya dibawa memancing bersamanya sejak saya berumur 4 tahun di Sungai Pahang. Mungkin dari situlah saya jadi minat dan mula memancing.
Bermulanya saya menjadi tekong sejak sekitar tahun 2004. Pada mulanya ia sekadar hobi, tak sangka ia boleh dijadikan kerjaya.
baca juga Tekong Otai Air Ganda
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
KREL: Saya memilih kerjaya ini disebabkan kawan-kawan yang nampak prestasi saya melayan dia orang.
Satu lagi saya suka belajar benda-benda yang baru tak kiralah dari orang lama dan orang baru kerana bagi saya ilmu tak akan habis sampai ke mati. Dan saya suka berkawan dengan orang ramai.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong?
KREL: Jangan tingal 5 waktu tak kira di mana kita berada. Sselalu menghormati orang sekeliling kita kerana dialah yang nampak diri kita sama ada baik atau tak.
Selalu berjumpa dengan ‘orang-orang ke laut’ sebaik-baiknya menghambakan diri pergi ikut bot-bot ke laut tanpa meminta upah. Angaplah ia sebagai ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Selalu bertanya pada orang yang lebih pengetahuannya tentang dunia pelaut ini.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
KREL: Kalau nak ikutkan rintangan, macam-macam rintangan yang saya pernah hadapi. Tetapi angaplah rintangan itu sebagai batu loncatan untuk kita teruskan kerjaya yang kita minat.
Contohnya seperti orang yang suka mengarah itu ini… diherdik dan boleh tahan kena marah orang itu akan berjaya.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
KREL: Pengalaman manis…
Pengalaman pahit…
baca juga Yan’s Gelora – Tekong Kerapu Bara Tersohor
Pakej
Nama bot: MZ layaran II
Saiz: 40’ X 10’
Enjin: 250HP Twin
Harga sewa: RM1600
Jumlah pemancing: 8 pemancing
Waktu memancing: Dari awal pagi ke lewat petang
Lokasi memancing: Rompin, Merchong, Nenasi, Tanjung Batu, Pulau Berhala, Karang Luas, Pulau Tioman dan lain-lain lagi.
Jeti: Jeti Pantai Bernas, Kuala Rompin.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan