Umpan untuk memancing ikan merah jalang yang paling utama ialah ikan selayang (sardin) untuk siang dan malam dan sotong hidup di malam hari.
Bagaimanapun jika jumpa kelompok ikan ini di satu lubuk, apa-apa umpan ikan janji kesegarannya terjamin boleh digunakan.
Umpan boleh dicangkuk seekor jika kecil atau dihiris memanjang. Umpan mati terbaik ialah ikan atau sotong belum kena ais.
Potong memanjang berjuntai sedikit lebih baik dibandingkan seketul isi dipotong bersama tulang.
Ads
Apa yang lebih penting sebenarnya ialah pemancing perlu pastikan agar umpan tidak terbelit dengan tali utama sama ada menggunakan teknik apollo mahupun tanduk. Mengunakan tanduk dapat mengurangkan risiko umpan berpintal dengan tali utama.
Faktor menentukan saiz mata kail biasanya dirujuk kepada saiz ikan yang dipancing. Ikan merah jalang adalah jenis ikan merah memiliki mulut saiz normal seperti ikan jenahak maupun siakap merah.
Ads
Jika saiz kurang sekilogram, boleh dipadankan dengan mata kail seperti Gamakatsu nombor 1 atau 2.
Jika saiz menjangkau 3kg ke atas, mata kail nombor 3/0 hingga 5/0. Saya gemar mengunakan gabungan 2 mata kail, kecil nombor di hadapan dan saiz 3/0 atau 4/0 di belakang.
Ikatan perambut tanpa perambut dawai kecuali jika ada pemangsa bergigi tajam mencuri umpan terutama pada malam hari.
Mohon penjelasan sikit tentang konsep sebenar tangkap dan lepas (CnR). Saya ada mendengar konsep tangkap dan lepas ni kena lepaskan ikan yang besar saja. Betul tak admin?
JAWAPAN:
Betul, betul dan memang betul apa yang anda dengar tersebut. Cuma mungkin anda tak dengar habis saja. Jika dinamakan konsep tangkap dan lepas sepatutnya bukan ikan yang besar sajalah yang wajib dilepaskan, ikan yang kecil pun kena lepaskan jugak.
Katakanlah seorang pengamal konsep tangkap dan lepas dapat ikan kecil (biasanya memang dapat kecil pun) takkan ikan tersebut nak tapau sedangkan hukum tapau adalah ‘HARAM’ bagi seorang pengamal konsep tangkap dan lepas?
Yang sebenarnya dalam konsep tangkap dan lepas, melepaskan ikan yang besar atau matang merupakan langkah yang lebih berkesan berbanding melepaskan ikan kecil.
Ini kerana, secara saintifiknya, melepaskan induk matang akan meningkatkan peratusan untuk induk itu melahirkan ribuan malah jutaan anak ikan kecil, sedangkan ikan yang kecil belum tentu akan dapat membesar menjadi induk yang baik.
Tapi apa yang berlaku kat Malaysia ni kebanyakannya terbalik. Boleh dikatakan kebanyakan ikan yang kecil dilepaskan semula walaupun oleh bukan pengamal tangkap dan lepas.
Alasannya mudah, ikan kecil buat apa nak ambik. Atau untuk beri peluang ikan tersebut membesar dan akan bertarung lagi bila dah besar nanti.
Saya ada nak tanya. Boleh tak admin jelaskan sedikit perihal pasang surut air laut terutamanya kesan terhadap aktiviti memancing? Contohnya waktu bila yang lebih sesuai untuk memancing.
Jawapan:
Pasang surut merupakan bentuk gerakan air laut yang terjadi apabila terdapat pengaruh gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi. Perubahan arus ini dapat dilihat dengan jelas di perairan muara sungai dan di tepian pantai. Bila air laut bergerak menuju pasang maka terlihat gerakan arus laut yang masuk ke dalam sungai.
Sebaliknya ketika air laut bergerak menuju surut, maka terlihat gerakan arus laut mengalir keluar dari arah sungai ke tengah laut. Cara untuk membacanya dengan menggunakan kalendar lunar atau kalendar Hijrah.
Arus pasang surut terbahagi kepada dua.
Pertama, pasang besar terjadi pada tanggal 1 (bulan baru) dan tanggal 15 (bulan mengambang penuh).
Pasang besar ialah peristiwa di mana air pasang naik dan surut tertinggi (surut habis). Kedudukan bumi-bulan-matahari berada pada satu satu garis sehingga kekuatan gaya tarik bulan dan matahari berkumpul menjadi satu menarik permukaan bumi. Permukaan bumi yang menghadap ke bulan mengalami pasang naik besar.
Bagi pemancing, 4 hari sebelum dan selepas bulan baru dan bulan penuh tidak begitu sesuai disebabkan arus laju.
Kedua, pasang bani. Pasang bani ialah peristiwa terjadinya pasang naik dan pasang surut terendah (kecil). Pasang kecil ini terjadi pada tanggal 7 dan 21 kalendar Hijrah.
Pada kedua tanggal tersebut posisi matahari-bulan-bumi membentuk susut 90 darjah. Gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi berlawanan arah sehingga kekuatannya menjadi berkurang (saling melemahkan).
Bagi pemancing, 3 hari sebelum dan selepas air pasang amat bersesuaian memancing kerana arus tidak laju.
Saya masih baru lagi dalam dunia memancing terutamanya pancingan laut dalam. Jadi saya ingin tahu serba sedikit berkaitan assist hook. Apakah assist hook dan apa pula kegunaannya?
JAWAPAN:
Pada asasnya, assist hook sebenarnya tidak lebih daripada sebentuk mata kail yang dipadankan dengan tali sulaman pendek yang kuat atau kevlar. Atau dalam erti kata lainnya assist hook merupakan satu atau dua mata kail yang telah disambungkan melalui sesuatu ikatan dengan kevlar. Konsepnya sama sahaja dengan mata kail yang telah diikat dengan perambut tangsi atau tali sulam.
Namun assist hook lebih sinonim dengan teknik pancingan mengunjun kepingan besi (jig) atau jigging. Lazimnya juga assist hook ini dipasangkan pula pada split ring. Secara mudahnya, assist hook ialah mata kail khusus yang dipasang jig.
Penggunaan assist hook dalam teknik jigging adalah penting untuk meningkatkan peratusan ikan tercangkuk pada mata kail ketika anda strike ikan. Sambungan terus mata kail pada jig juga boleh digunakan dan ia bukanlah kesalahan. Namun peratusan hook up menggunakan assist hook adalah lebih tinggi.
Selain itu pengunaan assist hook ini turut dapat mengelakkan ikan terlucut atau pun terlepas kerana cangkukkan mata kail lebih solid. Malah dengan menggunakan assist hook dua mata kail membolehkan mata kail yang bebas bergerak (yang tidak tercangkuk pada ikan) tercangkuk pada bahagian ikan lainnya pula. Sekaligus ia menambahkan lagi hook up atau umpama tambahan insuran.
Assist hook biasanya dijual secara berpasangan namun seeloknya buatlah sendiri kerana anda akan lebih berpuas hati dan ia perkara mudah untuk membuatnya dan yang paling penting ia menjimatkan wang anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...