SOALAN:
Salam admin… admin tau tak pasal ikan cincang rebung? Saya ada dengar katanya ikan memang menjadi kalau buat umpan.
baca juga teknik terbaik pancing udang galah
JAWAPAN:
Admin percaya pemancing yang biasa memancing di bawah jambatan, sangkar ikan atau kelong pasti mengenali ikan ini, hanya kurang mengetahui nama umumnya saja.
Sekali imbas, ikan cincang rebung ini memiliki profil yang hampir sama seperti ikan bilis dan ikan seriding. Admin percaya ramai pemancing menganggapnya sebagai ikan bilis.
Lazimnya ikan cincang rebung ini didapatkan dengan kaedah menjala. Dengan kaedah yang betul ia juga boleh diperoleh dengan menggunakan apollo saiz 4.
Lazimnya ia boleh dijala atau diapollo ketika arus sedang bergerak laju dan hilang ketika arus mati.
Anak ikan pecah rebung sesuai dijadikan umpan kerana profil yang sama dengan ikan bilis dan tidak berduri tajam seperti ikan seliding.
Maka tidak hairanlah ia digelar ikan bilis atau seliding bagi mereka yang kurang mengenalinya. Saya sendiri sebelum mengenali ikan ini menganggapnya sebagai bilis.
Seperkara lain ia turut memiliki sisik yang berkilat dan bersinar. Antara spesies pemangsa yang mungkin membaham umpan ini ialah jenahak, senangin, kerapu, pari, kurau dan semilang.
Umpan ini boleh digunakan sama ada ia masih hidup dan dalam keadaan segar.
baca juga teknik main apollo
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan