Admin percaya pemancing yang biasa memancing di bawah jambatan, sangkar ikan atau kelong pasti mengenali ikan ini, hanya kurang mengetahui nama umumnya saja.
Ads
Sekali imbas, ikan cincang rebung ini memiliki profil yang hampir sama seperti ikan bilis dan ikan seriding. Admin percaya ramai pemancing menganggapnya sebagai ikan bilis.
Lazimnya ikan cincang rebung ini didapatkan dengan kaedah menjala. Dengan kaedah yang betul ia juga boleh diperoleh dengan menggunakan apollo saiz 4.
Lazimnya ia boleh dijala atau diapollo ketika arus sedang bergerak laju dan hilang ketika arus mati.
Ads
Anak ikan pecah rebung sesuai dijadikan umpan kerana profil yang sama dengan ikan bilis dan tidak berduri tajam seperti ikan seliding.
Maka tidak hairanlah ia digelar ikan bilis atau seliding bagi mereka yang kurang mengenalinya. Saya sendiri sebelum mengenali ikan ini menganggapnya sebagai bilis.
Ads
Seperkara lain ia turut memiliki sisik yang berkilat dan bersinar. Antara spesies pemangsa yang mungkin membaham umpan ini ialah jenahak, senangin, kerapu, pari, kurau dan semilang.
Umpan ini boleh digunakan sama ada ia masih hidup dan dalam keadaan segar.
Saya ingin membuat apollo sendiri. Boleh tak admin cadangkan apakah warna benang yang sesuai?
Berapa jarak perambut anak antara satu sama lain serta panjang apollo? Perambut anak berapa paun dan perambut utama berapa paun?
JAWAPAN:
Tahniah kerana anda mempunyai minat membuat sendiri apollo yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pemancing.
Boleh dikatakan ramai pemancing lebih senang membelinya sahaja di kedai-kedai pancing. Malah admin sendiri pun tidak pernah melakukannya walaupun memiliki sedikit pengetahuan untuk melakukannya.
Namun tidak menghampakan semangat anda, admin akan berkongsi pengetahuan melakukan sendiri perambut apollo ini.
Pada pendapat admin, ada dua warna benang paling efektif dijadikan perambut mata apollo iaitu hijau dan putih.
Ini merupakan dua warna asas yang kebanyakkannya digunakan pada apollo yang dijual di kedai pancing.
Sementara mata kail yang kebanyakan diguna pakai ialah mata kail jenis batang atau teras panjang (long shank).
Saiz mata kail pula bergantung kepada jenis ikan yang ingin dipancing. Manakala jarak panjang perambut anak dengan perambut utama pancing apollo ialah 8 hingga 14sm.
Sekiranya anda menghasilkan anak perambut sepanjang 8 sm maka jarak di antara anak perambut dengan anak perambut lainnya sekurang-kurangnya 16 sm bagi mengelak anak perambut bercantum antara satu sama lain.
Manakala untuk tali perambut yang digunakan untuk menghasilkan anak perambut apollo ialah 12 paun hingga 15 paun, manakala perambut utama 20 hingga 30 paun.
Atau anda boleh tentukan sendiri dengan syarat tali anak perambut mestilah lebih halus daripada tali perambut.
Saya baru nak belajar menggunakan gewang selaman dan saya berminat dengan jerkbait dan crankbait jenis floating. Tuan admin cadangkan gewang model apa boleh saya beli untuk air tawar? Apa bezanya crankbait jenis body panjang dengan jerkbait tuan, sebab saya nak nampak sama saja? Akhir sekali, kat tempat air jernih macam tasik yang ikan sombong dengan top water, mana lagi best jerkbait ke crankbait?
JAWAPAN:
Adalah tidak adil untuk saya menamakan model-model gewang tersebut. Sebagai panduan sebelum membelinya, tuan boleh merujuk kepada pemancing yang pernah menggunakannya.
Saya percaya semua gewang terutamanya yang berjenama besar telah diuji keberkesanannya. Lagipun, jika saya menamakan sesuatu model gewang dan tuan membeli tetapi hasilnya kumpau, ia boleh mendatangkan persepsi negatif pula.
Dalam istilah produksi, gewang crankbait adalah sinonim kepada gewang jerkbait. Justeru itu ia kelihatan hampir sama saja bentuk. Walau bagaimana pun, gewang crankbait lebih merujuk kepada gewang selaman dalam dengan memiliki lidah atau bip yang panjang.
Sementara gewang jerkbait kebanyakannya memiliki body panjang dan ada juga yang tidak memiliki lidah gewang. Dari segi penggayaan pula, gewang jerkbait perlu dikarau dengan aksi jerking untuk menghasilkan aksi renangan. Sementara gewang crankbait didatangkan dengan aksi renangan sedia ada dan hanya perlu dikarau perlahan atau pantas.
Bagi menghadapi ikan yang sombong dengan gewang topwater ketika faktor air yang jernih, selain menukar gewang crankbait atau jerkbait, warna dan aksi gewang juga perlu dimainkan dengan tepat.
Hakikatnya, untuk menjinakkan pemangsa ketika air jernih banyak perkara perlu diambil kira kerana pada ketika ini deria penglihatan ikan berada dalam keadaan terbaik untuk menilai setiap mangsa sebelum membahamnya.
Hai admin, boleh tak admin kongsikan sedikit tip memancing ebek?
JAWAPAN:
Pada Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya sekali gus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama. Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas.
Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun. Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang. Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensyional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig. Tidak dinafikan dalam sukan memancing, ebek merupakan antara spesies buruan berikutan aksi pertarungan yang dipersembahkannya.
Ebek boleh dipancing dengan teknik dasar atau jigging/light jigging di kawasan berbatu. Jig yang dipilih sebaiknya warna silver, hijau. Tetapi warna jig yang terang seperti pink, juga boleh, namun bergantung juga kepada lokasi, air, kedalaman air. Diet utama ebek ialah krustasia bergerak perlahan. Jadi umpan yang efektif yang mungkin anda boleh cuba ialah udang hidup. Selain itu, tamban, ketam angin dan sotong cumit juga boleh digunakan. Gunakan perambut yang panjangnya sekitar 3 kaki ke atas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...