Ikan kurau ialah spesies yang berskala 5 kilogram ke bawah manakala senohong melebihi 5 kg.
Kurau adalah ikan muara yang kuat melawan serta memiliki daya pecutan. Justeru, tali utama kekuatan minimum 20lb diperlukan.
Cara terbaik untuk memancingnya ialah menggunakan batu ladung yang kecil hanya sekadar memastikan umpan berada pada kedudukan dasar.
Ads
Gunakan perambut tangsi minimum 50lb diikat dengan mata kail 3/0. Tidak perlu perambut dawai kerana ia boleh menjejaskan persembahan umpan sekaligus kurau tidak mendekati umpan.
Ads
Kalau boleh perambut yang digunakan adalah jenis yang tahan calar dan hakisan. Kurau ikan bermulut besar. Jadi, mata kail dari 2/0 hingga 5/0 adalah prasyarat memancingnya.
Ads
Pasang umpan pilihan seperti ikan cabuk, udang hidup atau hirisan kembung di lubuk sasaran. Waktu kemuncak ialah 30 minit sebelum air pasang penuh dan satu jam selepasnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk pengetahuan tuan, saya ni masih lagi baru dalam dunia mancing. Saya minat nak pancing ikan sebarau tetapi langsung tak tahu teknik casting, gewang dan lain-lain. Boleh tak pancing ikan sebarau selain teknik casting?
JAWAPAN:
Jawapan ringkas lagi tepat untuk jawapan ini cuma satu perkataan iaitu… boleh! Memang boleh sangat-sangat dan bukan melalui teknik casting sahaja ikan sebarau boleh dipancing.
Teknik casting yang menggunakan umpan tiruan sebagai umpan hanyalah salah satu cabang dari cara-cara untuk memancing sebarau.
Sebarau masih boleh dipancing dengan teknik konvensional menggunakan umpan yang menjadi diet makanan sebarau.
Sebagaimana yang diketahui, ikan sebarau menjadi ikan-kecil yang lebih kecil, krustasea serta serangga sebagai diet makanannya.
Oleh yang demikian kita boleh gunakan saja diet-diet makanan sebarau ini sebagai umpan.
Malah telah ramai pemancing yang menggunakan umpan seperti cacing dan cengkerik berjaya mendaratkan sebarau setanding atau lebih baik berbanding dengan hasil teknik casting.
Boleh tak admin bagi penerangan perihal kedudukan joransama ada menegak, mendatar atau sedikit mendongak selepas melontar umpan. Ada sesetengah pancing hujung pancing masuk sikit dalam air. Ada tanya juga pada pemancing tujuannya tetapi mereka pun sekadar ikutan sahaja.
JAWAPAN:
Berdasarkan penerangan saudara ini, saya mengandaikan ia adalah berkaitan pancingan kolam air tawar.
Apabila kita berkunjung atau memancing di kolam air tawar, kita akan dapat melihat pemancing meletakkan joran pada pancang dengan pelbagai kaedah. Ada yang meletakkan joran secara menegak, mendatar, mendongak dan juga menunduk hampir mencecah air kolam.
Pada pendapat saya tiada yang salah atau betul dalam perkara ini. Jika ada penerangan di sebaliknya mungkin berkaitan dengan teknik pancingan yang diamalkan atau bagi menyesuaikan keadaan dengan geografi kolam.
Sebagai contoh, jika kolam tersebut bertebing tinggi maka teknik menundukkan joran hingga mencecah lebih sesuai. Malah, dengan meletakkan joran menunduk ke air juga adalah lebih selamat dari terbang ke dalam kolam sekiranya pancing direntap kasar oleh ikan.
Ini kerana tarikan mengejut dari ikan boleh menyebabkan joran terlepas dari pancang jika diletakkan dalam keadaan mendatar atau mendongak.
Jika mempraktikkan teknik pancingan apung maka meletakkan joran dalam keadaan menegak adalah lebih praktikal. Dengan cara itu lebih mudah untuk melihat atau mengesan sebarang pergerakan tali pancing di permukaan air.
Saya baru berjinak-jinak dengan teknik casting dan telah membeli 1 set pancingan baitcaster jenis low profile. Masalah yang sering saya hadapi adalah tali saya sentiasa
kusut sama ada saya menggunakan tali benang dan tali tangsi. Lagi satu kalau gewang terlampau ringan pun boleh menyebabkan ia kusut.
Bolehkah pihak tuan membantu saya di dalam menangani masalah ini serta saranan di dalam memilih tali untuk teknik casting ini?
Sebenarnya, boleh dikatakan semua pemancing baru yang menggunakan baitcaster akan mengalami perkara yang sama.
Terdapat dua perkara yang menyebabkan kita berhadapan dengan situasi bihun atau ‘birdnest’.
Sebab pertama, mungkin kita memasuki terlampau banyak tali ke dalam gelendong atau semasa kita memasukan tali ke gelendong kita tidak mengarau dengan baik dan kejap di mana terdapat ‘gap’ pada simpanan tali.
Apabila kita ‘cast’ maka ada kemungkinan tali yang longgar itu dan menjerat tali lain.
Sebab kedua adalah penyelarasan pada ‘brake’ pada baitcaster yang digunakan, terdapat dua jenis brake iaitu: Centrifugal brake atau Magnetic brake.
Brek bertindak untuk melambatkan gelendong semasa tali keluar darinya supaya anda dapat mengawal cast anda.
Penyelarasan ‘brake’ Bagi sistem brek untuk jenis centrifugal ia mempunyai antara 2 ke 6 pin plastic brake blocks yang bergerak keluar dari tengah yang terdapat pada tepi baitcaster tersebut.
Jika anda menekan plastic brake blocks pin ke arah pusat (center) anda akan mendengar bunyi klick dan ini menandakan pin telah di kunci dan brake telah di setkan.
Disyorkan untuk ‘beginners’ cuba setkan ke tahap 5 brek. Selepas sudah biasa dengan baitcaster tersebut maka naikkan kepada satu lagi pin sehingga tiada brake atau 1 brake.
Bagi sistem brake untuk jenis Magnetic brake, ia lebih senang lagi untuk selaras kerana brek dapat diselaraskan oleh dail yang terdapat pada luaran kekili.
Apa yang anda harus lakukan adalah dengan mengetatkan dail untuk setkan brake.
Sekiranya anda pertama kali mencuba, saya cadangkan anda bermula dengan semua brake terlibat dalam kedudukan ‘maksimum’ dan selepas menjadi mahir mengurangkan brake tersebut.
Bagi menggunakan tali daripada jenis tali sulam atau tali tangsi ini tidak menjadi masalah sekiranya saudara dapat mengendalikan baitcaster dengan betul.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...