Korang Tanya Umpan Jawab – Tip Nak Beli Set Pancing Kolam??

Share

 

SOALAN:

Admin, saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia memancing ni. Saya dah pernah memancing tetapi belum pernah beli lagi barang-barang pancing.

Boleh tak admin beri sedikit tip untuk membeli set pancing?

 

JAWAPAN:

Pertama sekali kami nak ucapkan selamat datang ke dunia memancing, hobi berbau hanyir yang paling popular di Malaysia.

 

Untuk membuat satu posting tentang tatacara membeli set memancing ini sebenarnya terlalu subjektif dan panjang untuk dihurai.

Namun kami bagi sedikit tip asas untuk anda bagaimana untuk membeli peralatan memancing.

 

Pertama sekali anda kena pastikan lokasi padang pancing dan spesies apa yang hendak dipancing.

Sebagai permulaan kami sarankan lokasi padang pancing ialah kolam komersial air tawar dan spesies yang ingin dipancing adalah ikan patin bersaiz sederhana (2-7 kg).

Terdapat 3 peralatan asas utama yang perlu anda miliki terlebih dahulu ialah…

 

Kekili

Terpulang kepada jenama kekili yang korang minat dah bergantung kepada bajet. Saiz kekili atau mesin memadai siri 2000 hingga 5000.

Anda boleh pilih kekili untuk air tawar atau air masin namun lazimnya kekili khusus untuk air masin lebih mahal.

Jika berkemampuan, elok beli kekili khusus untuk air masin kerana ia juga boleh digunakan untuk pancingan air tawar.

 

Joran

Sebaiknya dapatkan joran berkekuatan 10-20 lb. Lagi tinggi kekuatannya pun tak mengapa. Lazimnya joran untuk air tawar masih menggunakan sukatan pound (lb) dan joran untuk air masin khususnya jigging menggunakan ukuran PE.

Panjang joran pula bergantung kepada selera anda. Namun disarankan saiz yang praktikal ialah 5-7 kaki,

 

Tali

Anda boleh menggunakan tali sulam atau tangsi namun bagi pancingan kolam air tawar penggunaan tali tangsi adalah lebih praktikal.

Jika menggunakan tangsi pastikan ia bersesuai dengan joran. Jika menggunakan joran 10-20lb maka tangsi yang digunakan sebaiknya jangan lebih daripada 20lb.

Published by
Amang