Sebenarnya tidak banyak perbezaan teknik memancing pada siang hari dan malam hari. Terutamanya jika anda memancing dengan teknik pancingan dasar.
Sebagai contoh, jika anda memancing ikan kelah pada siang hari dengan teknik dasar, teknik yang sama boleh dipraktikkan pada malam hari.
Apa yang perlu diubah mungkin dari segi pemilihan umpan dan juga lubuk. Pada malam hari ikan kebanyakannya keluar dari tengah lubuk dan meronda ke bahagian kepala dan ekor lubuk. Oleh yang demikian, anda haruslah melabuhkan umpan di bahagian luar lubuk.
Pada malam hari juga penglihatan ikan tidak sebaik pada siang hari. Namun mereka masih mempunyai deria lain untuk mengesan makanan seperti bau dan getaran.
Jadi, anda perlulah menggunakan umpan yang lebih berbau dan tidak statik pada malam hari. Umpan berbau seperti umpan tapa dan anak ikan merupakan pilihan umpan yang lebih realistik.
Sekiranya anda lebih menggemari teknik pancingan mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan, maka teknik ini agak kurang berkesan pada hari.
Ini kerana kebanyakan ikan pemangsa memburu dengan deria penglihatan. Dan kebanyakan ikan pemangsa ini agak kurang aktif pada malam hari.
Jika anda masih ingin memburunya, bolehlah cuba memancingnya dengan teknik dasar menggunakan umpan hidup.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kena gelak kerana mempraktikkan sesuatu di luar kebiasaan sudah menjadi perkara lumrah dan ia berlaku tidak hanya dalam dunia memancing saja.
Kesan daripada gejala ini menyebabkan kita tidak berani untuk mencuba.
Tidak dinafikan penyambungan wayar steel atau kabel ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi aksi sebenar sesuatu jig yang digunakan.
Namun pada saya, kesan tersebut terlalu kecil hampir tidak menjejaskan langsung aksi jig. Melainkan jika menggunakan poundage kabel yang terlalu besar.
Saya sendiri jika jigging tenggiri pada waktu, wajib saya akan menggunakan kabel. Biasanya saya guna kabel 20-40lb. Panjang kabel tidak akan lebih dari sejengkal.
Saya lebih rela kena gelak tetapi dapat ikan daripada kena gelak kerana jig lebuh dihentam tenggiri kerana tak pakai kabel. Dah lah ikan terlepas, jig pulak melayang.
Malah saya juga pernah mengguna kabel ketika bermain jigging perlahan pada waktu siang hari. Saya percaya ramai yang tahu betapa pentingnya perlu memainkan jig dengan aksi sebenar dalam aplikasi jigging perlahan.
Malah kabel yang digunakan adalah dari jenis keras berkekuatan 60lb. Dan saya berhasil mendapat ikan!
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Seperti yang telah kita ketahui, ikan patin cenderung menyukai kondisi perairan semulajadi yang liar. Patin liar biasanya memakan organisma reput, tumbuhan air dan juga beberapa haiwan.
Namun perburuan patin liar tidaklah serancak patin kolam berikutan kesukaran untuk menyediakan umpan yang sesuai. Oleh yang demikian, kami dedahkan beberapa umpan alami yang berpeluang untuk korang strike ikan patin liar.
Ikan kecil patin sangat menyukai jenis ikan-ikan kecil. Ia tidak menghairankan kerana patin adalah haiwan omnivore malah menghampiri sifat karnivor. Oleh yang demikian dengan menggunakan ikan kecil, maka ada kemungkin patin akan menyambarnya.
Jenis katak yang menjadi umpan patin adalah yang berukuran kecil. Jika terlalu besar, kemungkinan patin tidak akan menyukainya. Selain itu jenisnya harus katak sawah yang biasa kita temui di kawasan perkampungan.
Udang juga masuk ke dalam kategori umpan alami untuk patin. Caranya cukup mudah, iaitu dengan mencampurnya dengan pelet ikan ditambah sedikit air panas. Kemudian buatlah adonan.
Cacing biasa anda temukan secara mudah di persekitaran rumah. Biasanya terdapat pada jenis tanah yang subur dan lembab. Jenis cacing gila lebih mantap lagi, kerana mempunyai ukuran yang besar. Akan lebih disukai oleh ikan patin.
Ikan bawal pinang / emas (juga dikenali sebagai bawal kolam oleh kebanyakan kaki pancing kolam air masin) atau ikan pompano adalah spesies ikan air masin yang lasak. Ia berbentuk lebar seperti bawal biasa. Bahagian hujung ekornya berwarna kekuningan. Tetapi saiznya lebih besar dan purata ikan ini boleh membesar sehingga belasan kilogram.
Ikan bawal pinang lebih tertumpu di kawasan beting pasir dan sering bermain di permukaan dan pertengahan air. Untuk menjinakkan ikan ini, umpan paling lazim digunakan di habitat asalnya ialah udang hidup.
Di kolam pancing juga digunakan udang hidup terutamanya jika ingin menyasarkan spesimen bersaiz besar. Begitu umpan yang lazim digunakan ialah udang pasar sahaja. Begitu pun udang pasar perlu dikopek kulitnya atau dipanggil udang kopek.
Untuk lebih mudah lagi kerja boleh dapatkan terus udang kopek yang ada terjual di sesetengah pasar raya. Isi udang kopek perlu dipasang pada mata kail menggunakan teknik memancing apollo dengan kaedah apungan.
Dengan kaedah menggunakan pelampung, jarak mata kail dengan pelampung lebih kurang sedepa. Kebanyakan ikan ini bermain di kawasan pertengahan air di kolam air masin.
Kawasan tumpuan ikan ini di kolam berdekatan kincir air kerana ia menunggu makanan yang ditolak arus ke permukaan. Jadi umpan udang pemancing harus berada di kawasan sasaran ikan ini biasa berkumpul.