SOALAN:

Dalam banyak-banyak teknik memancing tenggiri, pada pandangan admin teknik mana yang paling berkesan?

 

JAWAPAN:

Tenggiri boleh dipancing melalui pelbagai teknik asalkan kena tempat dan gayanya. Boleh dikatakan saya sudah mencuba kesemua teknik memancing tenggiri dengan menggunakan umpan hidup ataupun umpan tiruan.

baca juga cara nak layan tenggiri

 

Di antara teknik memancing Tenggiri yang popular ialah; menunda atau trolling menggunakan gewang atau ikan hidup atau mati. Kelajuan bot mestilah sekitar 3 hingga 7 batu nautika. Gewang selaman dalam bersaiz 15cm ke atas amat sesuai.

Ads

 

Mengilat atau casting. Teknik ini menjadi pilihan ramai kaki pancing. Selain umpan ikan mati, gewang, sesudu dan bulu itik adalah jenis yang terbaik untuk menggoda tenggiri.

Teknik ini memerlukan kerajinan dan usaha berterusan bagi menjamin potensi menerima sambaran tenggiri.

 

Teknik seterusnya ialah mengunjun atau lebih popularnya jigging. Ia menjadi pilihan kaki jigging tegar yang gemarkan aksi yang lebih mencabar.

Jigging Tenggiri banyak cabaran dan kekuatan stamina. Namun teknik yang paling berkesan ialah teknik menggunakan umpan hidup secara berhanyut di permukaan atau pertengahan air.

Ads

 

Teknik berhanyut atau drifting ini adalah teknik paling popular di kalangan kaki pancing. Teknik hanyut bergantung kepada faktor arus dan angin.

Kalau arus lemah, umpan boleh dihanyutkan tanpa pemberat. Ladung kecil pula digunakan sekiranya arus bergerak laju.

Pengunaan belon juga sesuai dan bantuan angin membantu menganyutkan umpan jauh sedikit dari kedudukan bot.

 

Ads

Manakala untuk teknik pertengahan air, teknik ini berkait rapat dengan pengunaan ladung besar. Umpan dilabuhkan hingga mencecah dasar dan kemudian dikarau kira-kira 7 depa dari dasar.

 

Ini bagi memastikan umpan berada di kawasan selalunya lingkungan Tenggiri meronda, iaitu di pertengahan air. Sentiasa hulur atau naikkan umpan sehingga jumpa parameter kedudukan tenggiri berada.

baca juga faktor kejayaan memancing tenggiri

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI