SOALAN:

Admin boleh tak kongsikan pendapat tentang teknik tajur… iaitu cara menangkap tradisional. Harap admin dapat kongsikan cara dan teknik yang betul.

 

JAWAPAN:

Tajur atau taut merupakan alat yang mudah untuk menangkap ikan dan popular di kalangan kaum petani. Bentuknya seperti seperti joran tanpa kekili tetapi bersaiz kecil.

 

Tajur biasanya dibuat dalam kuantiti yang banyak lebih kurang 30 batang sehingga 100 batang bertujuan untuk ditahan atau dipasang dengan cara mencacak di tepi-tepi batas di

IKLAN

sekitar kawasan bendang, parit, tali air atau anak sungai kecil. Namun ia lebih banyak digunakan di bendang.

Lazimnya ia digunakan ketika air bendang ditakung atau semasa padi bunting. Fokus tangkapannya hanya pada ikan haruan atau keli sahaja.

 

Terdapat 2 cara dikendalikan iaitu dijaga pada setiap masa, ditahan dan dijenguk pada masa-masa yang tertentu sahaja.

IKLAN

Adakalanya tajur dipasang sepanjang malam dan dijenguk pada keesokan harinya. Apabila ikan mengena ia akan dikutip dan diletak umpan semula.

 

Ada teknik tersendiri untuk menajur ikan. Sekiranya untuk mendapatkan ikan keli umpan tajur biasanya cacing dibiarkan tenggelam ke dalam air.

 

IKLAN

Untuk mendapatkan ikan haruan, mata kail berumpankan anak ikan sepat akan digantung sehingga tenggelam sirip dorsalnya sahaja.

Sekiranya berumpankan katak, dibiarkan berlompatan di atas permukaan air. Ikan haruan yang makan umpan bersifat menyambar akan mengena.

 

Tajur dipasang dengan tali hujungnya sepanjang sekaki dan diperambut dengan mata kail yang agak besar saiznya. Batangnya diperbuat daripada buluh beting atau buluh duri.

 

Batang tajur biasanya lebih besar daripada hujungnya yang diraut nipis sehingga boleh dilenturkan bagaikan spring. Pangkalnya ditajamkan untuk senang dipacakkan ke dalam tanah.

Korang Tanya Umpan Jawab – Teknik Menajur Ikan Yang Betul?

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI