SOALAN:

Salam admin. Saya ada satu perkara yang ingin dibincangkan dengan admin dan warga Umpanian.

Saya pernah diberitahu tedapat satu cara untuk melepaskan gewang yang tersangkut di dalam air jika tiada penyelamat gewang. Caranya ialah ialah dengan cara menjentik tali pancing.

Ada juga yang menyebutnya menjentik gewang. Saya tidak pasti sama ada admin pernah mendengar perkara ini perkara ini atau tidak, yang pasti cara ini tidak berkesan pada saya.

 

JAWAPAN:

Sekiranya admin tidak memahami maksud teknik menjentik tali atau gewang sebagaimana yang dimaksudkan, sudah tentu admin menjentik dahi sendiri untuk memberikan pendapat.

IKLAN

Jika menurut kefahaman admin, sebagaimana yang dijelaskan juga teknik menjentik tali bagi melepaskan gewang yang tersangkut, hanyalah satu usaha atau ikhtiar sahaja.

 

Dalam erti kata lain ia bukanlah satu formula yang terbukti berkesan. Tapi elok juga admin jelaskan sedikit kaedah ini khusus untuk sesiapa yang belum memahaminya.

 

IKLAN

Apabila gewang tersangkut (melanggar objek di dalam air), pemancing perlulah menegangkan tali pancing, kemudian dengan menggunakan jari tarik tali (seperti menarik getah lastik atau seperti memetik gitar) dan lepaskan kembali.

 

Dengan cara demikian, leader yang digunakan akan bertindak seperti spring untuk menendang keluar mata kail yang tersangkut pada objek. Namun terdapat beberapa perkara yang memungkinkan kaedah ini gagal.

 

IKLAN

Pertama, ia pasti gagal untuk dilaksanakan jika menggunakan tali mono atau tangsi sepenuhnya. Begitu juga jika menggunakan mata tunggal kerana lazimnya mata tunggal akan lebih solid benamannya pada objek.

 

Atau kita melakukan strike atau stroke yang kuat sewaktu gewang terlanggar objek atau reba kerana menyangkakannya ia disambar ikan.

Atau objek yang menyebabkan gewang tersangkut bukanlah reba pokok, sebaliknya objek lain yang sememangnya sulit untuk dilepaskan seperti pukat atau karung guni.

 

Admin sendiri pernah berhadapan dengan situasi dan mempratikkan kaedah ini dengan hasil yang berbeza. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang terpaksa merelakan pemergian gewang kesayangan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI