Pada asasnya, untuk kejayaan pancingan di sungai berarus, berbatu dan bertebing tinggi, ia bermula dengan setup peralatan pancing yang digunakan. Joran disarankan berukuran 6 kaki ke atas. Ia penting untuk berhadapan dengan tebing tinggi dan mengekang larian ikan ke reba atau celahan batu.
Kekili pula perlu gear ratio tinggi, terutamanya jika anda casting di sungai berarus deras. Sementara tali pancing sama ada tangsi atau sulam perlulah tahan lasak terhadap geseran. Selain itu drag kekili perlu diregangkan pada tahap sehingga melebihi 50% agar tidak memberi ruang kepada ikan untuk melepaskan diri.
IKLAN
Sebelum memancing sebaiknya anda selidik struktur sungai terlebih dahulu. Mengetahui keadaan lubuk amat penting bagi menghalang ikan menyelinap ke lokasi tersebut sekaligus menggagalkan kejayaan.
IKLAN
Apabila umpan mengena, pertama sekali anda perlu merasai tentangannya terlebih dahulu. Jika tentangan lemah, bolehlah dilayan seperti biasa. Jika tentangan kuat dan pantas, pastikan anda mengekang lariannya dengan meninggikan joran atau menambah sedikit tahap regangan drag.
IKLAN
Jangan hentikan secara mengejut dengan memegang spool. Kemudian ketahui hala tuju ikan tersebut. Sekiranya menuju ke arah reba, segeralah menukar arah renangannya dengan menyentap sedikit joran ke arah yang anda kehendaki ia pergi. Selamat mencuba!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing gelama pisang tidaklah semudah memancing ikan gelama biasa. Saya sendiri memakan masa beberapa bulan untuk berjaya memancingnya di perairan Pelabuhan Klang ini.
Ia mengambil masa untuk mengetahui selok belok lubuk kegemaran gelama pisang di kawasan delta berpasir dan berlumpur ini.
Boleh dikatakan setiap kali air besar atau sebulan sekali saya akan turun memancing spesies gelama memanjang ini.
Berlainan dengan gelama biasa atau cerua yang boleh di pancing hampir di serata kawasan, gelama pisang hanya tertumpu di lubuk dalam teruama laluan arus keluar masuk.
Air besar menjadi pilihan kerana mudah mendapat anak udang di sungai ketika air surut. Udang kecil sesuai dengan mata kail yang digunakan.
Sukar bagi kita untuk menjinakkan ia, jika tidak kena pada laluan keluar masuk ikan ini dari laut ke sungai dan kawasan laluan yang saya memancing ia adalah kawasan air dalam melebihi 40 kaki, terutama kawasan laluan bot ke Pelabuhan Selatan.
Tapi saya mengakui masih belum mahir sepenuhnya dengan selok belok tabiat gelama pisang di sini.
Kalau setakat memancing sebagai hobi tidak mendatangkan masalah. Namun tumpuan saya agak terbatas berikutan kesibukan bot dan tongkang keluar masuk di muara sungai berhadapan lubuk tumpuan.
Maka faktor keselamatan menjadi asas utama mmancing di kawasan ini, bimbang dilanggar bot kayu atau tongkang.
Memang ramai kaki pancing tidak gemar memancing gelama kerana kebanyakan yang diperolehi adalah dari jenis yang kecil dan kurang enak isinya.
Ia juga kebiasaan dijadikan umpan hidup terutama saiz sebesar dua hingga tiga jari orang dewasa untuk memancing spesies yang lebih besar.
Umpan juga akan cepat habis dibelasah oleh spesies yang menyerang secara berkumpulan ini dan dikatakan mudah membiak.
Agak malang kadar pembiakan tidak dapat menandingi jumlah kegiatan pukat, jaring, tagang atau dengan kata lain hasil penangkapan tidak di imbangi dengan penjagaan dan pemulihan stok ikan.
Peralatan dan Teknik
Memancing gelama pisang bukan mudah jika tidak mengetahui laluan utamanya.
Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, isi ikan malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai didalam perutnya.
Ia adalah spesies yang makan umpan pemancing tidak kira waktu. Namun bagi saya waktu aktif ikan gelama ini ialah ketika bunga pasang sehingga pertengahan pasang.
Aksi hujung adalah paling sesuai dengan kaedah dua mata.
Jika kederasan air lemah, adalah maka lebih sesuai mengunakan pemberat kecil sekadar untuk menjatuhkan umpan kedasar supaya mudah dirasa kehadiran si gelama yang sedang mencuri umpan anda.
Kalau yang kecil gunakan mata kail udang bersaiz no.8, 9, atau 10 (kecil,halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar kerana gemar mengutis umpan pemancing yang leka.
Pilihan kelas tangsi utama dan kekili untuk memancing gelama pisang di bawah 20 paun.
Perambut 20 hingga 40 paun amat memadai kerana ia mampu bertahan walupun di gigit sang gelama.
Tidak sporting kalau mengunakan tangsi yang kasar sebab perlawanan akan menjadi berat sebelah, jadi kita tidak akan enjoy dan merasai nikmat memancing dengan erti kata kepuasan apabila menarik ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Udang galah atau jenggo merupakan spesies hidupan air tawar/payau yang menjadi idaman ramai pemancing kerana dagingnya yang sedap dan harga pasarannya yang tinggi. Permintaan tinggi terhadap udang galah membuatkan ia menjadi buruan kaki pancing sama ada untuk dijual atau makan sendiri. Tapi nak mancing udang galah bukannya mudah.
Pertama, yang paling penting nak pancing udang galah adalah lokasi. Kena tahu tempat udang lepak. Terdapat dua tempat utama rumah udang galah iaitu kat hulu dan hilir sungai. Lagi satu kat kolam pancing udang. Hee… Kalau pergi mancing kat tempat lain, memang tak ada. Selepas musim tengkujuh adalah masa terbaik nak pancing si jenggo.
Oh ya, nak mancing jenggo mesti ada peralatan yang sesuai dan lengkap. Tak semestinya peralatan yang mahal dan canggih. Guna batang buluh pun boleh. Peralatan ringan (rod udang) sepanjang 4 hingga 5 kaki adalah disarankan untuk kepuasan melayan Henjutan lembut jenggo.
Gunakan mata kail saiz 1 hingga saiz 6. Tapi kalau nak bapak udang seberat lima kilo, kena la guna mata kail yang besar! Itu pun kalau ada jenggo saiz lebih dari sekilo la. Gunakan batu hidup saiz 5 dan 6 kalau Memancing di sungai yang berarus dan Prambut 10lb sepanjang sejengkal.
Tali utama. Yang dicadangkan adalah benang untuk mengelak putus digigit sang buntal yang biasanya berkongsi tempat dengan jenggo.
Umpan yang sesuai dan lazat sangat dicadangkan untuk hasil yang memuaskan. Jangan ingat tekak korang je nak makanan yang Lazat, udang pun nak gak! Umpun-umpun yang dipotong kecil, hirisan jantung ayam, anak ikan, cacing tanah, udang sungai (udang putih) adalah hidangan lazat yang disukai jenggo.
Masa yang sesuai mancing udang adalah pada masa air mati (tenang) antara 7 hingga 10 haribulan dan 21 hingga 24 haribulan dalam Kalendar Islam. Mancing udang tak perlu menyamar teruk-teruk macam nak mancing kelah. Karut semua tu!
Menggunakan sampan kecil untuk memancing Jenggo adalah sangat dicadangkan untuk memudahkan beralih tempat atau ke lubuk yang agak sukar dimasuki. Pastikan sentiasa memakai jaket keselamatan kerana malang tidak berbau.
Terakhir adalah doa dan keselamatan. Telah Diketahuai satu dunia, bila ada banyak sepit biru pasti ada pengawal peribadi yang sedia memberi perlindungan dan amaran keras pada pemancing yang terlalu rakus iaitu sang bedal.
Sila berhati-hati bila memancing jenggo kerana di situ pasti ada sang bedal. Jangan tamak dan ambillah sekadarnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Buka kesemua bahagian reel tersebut. Sila pastikan semua komponen disimpan dalam satu bekas supaya tidak hilang.
Langkah 2
Kemudian gunakan kertas pasir untuk menggosok semua bahagian badan reel tersebut. Ini bertujuan untuk meratakan bahagian cat asal supaya tidak berlekuk yang akan menjejaskan cat baru. Jangan gosok terlalu kuat sehingga menjejaskan badan reel.
Langkah 3
Kemudian, basuh semua bahagian reel supaya tiada benda benda asing dan minyak melekat pada badan reel tersebut. Kemudian gunakan masking tape untuk menutup bahagian bahagian reel yang dirasakan perlu.
Langkah 4
Kemudian, gunakan penyembur cat Tamiya dan sembur ke semua bahagian badan reel. Semburan pertama nipis sahaja dan biarkan kering sebentar.
Setelah kering periksa semula bahagian badan reel jika terdapat kesan kesan tidak rata atau berlekuk. Jika terdapat kesan tidak rata dan sekata, sila gosok semula bahagian tersebut.
Ulang sehingga hilang kesan. Warna hitam flat ini tidak memerlukan undercoat atau clear, jadi ini akan menjimatkan kos.
Langkah 5
Badan reel yang sudah siap disembur menggunakan penyembur cat jenama Tamiya. Setelah berpuas hati dengan lapisan warna pada reel tersebut, tanggalkan masking tape.
Langkah 6
Kemudian, pasangkan semula semua bahagian bahagian reel tersebut. Boleh juga menggunakan part asal atau part part custom yang boleh didapati di pasaran.
Langkah 7
Reel yang telah `dihidupkan’ semula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...