SOALAN:

Hai admin. Saya nak minta pencerahan berkenaan single hook pada gewang top water / minnow dan depth.

Untuk jenis snakehead (toman) adakah pengunaan single hook sesuai untuk kita guna pada gewang untuk memburu toman?

 

JAWAPAN:

Pada asasnya, kegunaan mata tunggal bagi menggantikan treble hook atau mata tiga pada gewang (termasuklah gewang permukaan, minnow, depth dan sebagainya) bagi mengatasi masalah sangkut.

Ads

Ini kerana kebanyakan perairan air tawar di negara kita banyak memiliki struktur atau objek sama ada di permukaan atau di bawah air.

Dengan menggunakan single hook maka ia dapat mengurangkan risiko sangkut berbanding mata tiga.

 

Bagi peratusan hook up pula tentu saja single hook lebih rendah berbanding mata tiga kerana ia hanya mempunyai satu mata cangkuk.

Ads

Tetapi, dari segi faktor kejayaan pula, ikan yang tercangkuk pada mata tunggal amat tinggi peratusan untuk didaratkan berbanding mata tiga kerana lazimnya mata tunggal tahap cangkukannya lebih solid.

 

Berdasarkan pada kenyataan ini anda bolehlah menilai sendiri mata kail jenis apa yang sesuai untuk digunakan pada gewang.

Saya secara peribadi menggunakan kedua-dua jenis mata kail ini untuk memancing toman. Untuk gewang crank atau selaman dalam, saya lebih gemar memilih mata tunggal.

Ads

Sementara gewang permukaan dan selaman cetek pula saya gunakan mata tiga.

 

Selain menyambar gewang (dengan mulut), toman turut bertindak memukul gewang dengan bahagian kepalanya (tindakan menjaga kewilayahan), dengan menggunakan mata

tiga maka peluang untuk ia tercangkuk pada anggota badan toman juga tinggi berbanding mata tunggal.

 

 

Korang Tanya Umpan Jawab – Sesuai Tak Guna Single Hook Untuk Toman??
Foto – Pojie Hook
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI