Korang Tanya Umpan Jawab – Saiz Hook & Panjang Kevlar Untuk Jig??

Share

 

SOALAN:

Assalamualaikum tuan admin… saya ada 1 soalan. Macam mana kita hendak memilih saiz hook untuk metal jig yang kita gunakan dan berapa kepanjangan tali hook untuk dipadankan dengan metal jig? Maaf admin baru nak berjinak dengan dunia jig.

 

JAWAPAN:

Wasalam… satu soalan yang bagus. Sebenarnya tiada formula khusus untuk memilih saiz hook untuk metal jig dan berapa panjang tali hook.

Namun, untuk mengelakkan kegagalan fungsi mata kail mencangkuk ikan, saya amalkan satu formula sendiri.

 

Jika anda perhatikan, kebanyakan mata kail untuk jigging memiliki gap yang agak lebar. Tujuan adalah untuk meningkatkan prestasi strike. Sifirnya cukup mudah, gap atau lebar mata kail mestilah melebihi kelebaran saiz metal jig yang digunakan.

 

Sekiranya mata kail yang digunakan lebih kecil dari saiz lebar jig, kemungkinan mata kail tersebut tidak akan tercangkuk pada mulut ikan apabila ia menyambar jig, disebabkan terlindung oleh badan jig yang lebih lebar.

 

Sekiranya sudah membeli mata kail yang mana kelebaran lebih kecil berbanding badan jig, perkara ini masih boleh diatasi dengan menghasilkan assist hook berkembar (dua mata kail).

 

Assist hook berkembar ini banyak digunakan dalam teknik jigging perlahan berikutan kebanyakan jig yang digunakan bersaiz lebar.

Sementara panjang tali hook atau kevlar pula sebaiknya melebih setengah dari panjang badan jig. Jika menggunakan dua mata kail (atas dan bawah) pula, pastikan kedua-dua mata kail tersebut tidak tercangkuk antara satu sama lain.

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang