Korang Tanya Umpan Jawab -S9S3- Boleh ke ikan sepat Siam dipancing?

Share

 

SOALAN:

Selain menjala, pukat atau bubu, adakah sepat siam boleh dipancing. Ada yang mengatakan boleh dipancing dan ada yang kata tak boleh sebab mulutnya yang kecil.

Jika boleh apakah caranya?

 

JAWAPAN:

Sebenarnya ikan sepat Siam atau juga disebut sepat kedah atau sepat benua memang boleh dipancing.

Saya pernah melihat orang kampung di Tanjung Karang, Selangor memancing ikan ini menggunakan pancing teleskopik sahaja.

Malah saya sendiri juga pernah memancingnya di beberapa tempat.

 

Bagi memancing ikan sepat ini anda memerlukan peralatan memancing yang biasa-biasa saja.

Lazimnya saya menggunakan mata kail jenama Gamakatsu no 5 (pek warna hijau). Tali utama cukup hanya gunakan tangsi 6-8lb atau tali sulam 4-6lb.

 

Umpan sedikit masalah kerana, selain lumut, boleh juga gunakan cacing bersaiz kecil. Jika sukar untuk mencari umpan-umpan ini, boleh juga menggunakan umpan bancuhan dedak dan perisa cacing tanah.

 

Cara memancingnya adalah sama, perhatikan di mana sepat selalunya timbul membuka mulut.  Hulurkan mata kail secara perlahan-lahan ke kawasan ia timbul.

Jangan biarkan ikan terkejut kerana ia lambat untuk timbul semual di permukaan jika diganggu.

 

Sebagai tip tambahan, ada pemancing mencurahkan sedikit minyak menggoreng ikan yang sudah digunakan di kawasan di mana sepat timbul.

Ia bertujuan membolehkan ikan ini berkumpul di satu tempat.

 

Published by
Amang