Korang Tanya Umpan Jawab -S9S28- Mata kail terbaik untuk ikan bottom?

Share

 

Untuk mengetahui mata kail yang sesuai atau terbaik untuk sesuatu spesies ikan, kita perlulah tahu bagaimana cara ikan tersebut makan atau cara ia mengambil makanan.

Ada ikan yang meragut, menyambar, menyedut dan juga mengutis.

 

Ikan-ikan bottom yang anda sasarkan ini (merah, jenahak dan kerapu) lebih kepada cara meragut umpan.

Sama ada umpan bergerak atau statik, ia akan menyedut umpan tersebut dan membawa lari sebelum menelannya.

 

Oleh yang demikian, mata kail dari jenis circle hook (mata lingkar) sebenarnya adalah mata kail yang terbaik untuk ikan spesies meragut umpan.

Namun, kebanyakan pemancing tidak tahu kelebihan mata kail lingkar ini kekurangan pengetahuan.

 

 

Berbanding octopus hook yang biasa digunakan, mata kail lingkar ini sebenarnya lebih tinggi peratusan tercangkuk pada mulut ikan dan ia tidak akan mudah rabut (tertanggal) ketika dalam pertarungan berbanding mata kail lain.

 

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh memancing dan mendakwa mata kail lingkar ini tidak bagus adalah kerana kesilapan melakukan stroke (sentapan).

Bila menggunakan mata kail lingkar anda tidak perlu melakukan strike yang kuat kerana tindakan ini akan menyebabkan mata kail lingkar keluar dari mulut ikan tanpa tercangkuk.

 

Apa yang perlu dilakukan oleh pemancing ialah membiarkan sahaja ikan membawa lari umpan dan mata kail lingkar menjalankan kerjanya dengan sendiri.

Apabila sudah tercangkuk barulah anda menyentap dengan perlahan bagi memastikan mata kail itu terbenam sepenuhnya.

 

Published by
Amang