Korang Tanya Umpan Jawab -S9S25- Caster tak nak guna umpan hidup?!

Share

 

SOALAN:

Saya ada satu kemusykilan. Saya masih tidak faham kenapa ada pemancing yang sanggup kumpau casting menggunakan gewang walaupun tau udang hidup lebih berkesan untuk casting siakap dan MJ.

Apa pendapat admin?

 

JAWAPAN:

Tidak dinafikan malah sememangnya diakui penggunaan umpan hidup lebih berkesan berbanding penggunaan umpan tiruan.

Ini kerana umpan hidup sama ada udang atau ikan adalah sumber makanan siakap atau siakap merah.

 

Namun, harus diingat penggunaan umpan hidup ada batasnya seperti umpan hidup sukar diperolehi, sukar dibawa ke mana-mana dan mudah mati.

Berapa lama anda mampu mengusung dan menjaga umpan hidup sekiranya anda seorang kaki casting tegar yang memancing sehariannya.

 

Penggunaan gewang adalah revolusi oleh penciptanya yang memikirkan umpan tipu perlu dicipta kerana kaki pancing tidak sebolehnya terus bergantung pada umpan hidup.

Mereka telah mengkaji dari segi bentuk, fleksibel renangan, bentuk dan sebagainya sehingga lahirnya pelbagai jenis bentuk, warna, jenama gewang ada di pasaran.

 

Secara amnya, penggunaan gewang lebih praktikal kerana ia memberi lebih kebebasan kerana tidak perlu membeli umpan hidup, segar, tidak perlu buang masa, cangkuk umpan

hidup baru terutama semasa ikan sedang frenzy, tidak berbau, mengotorkan tangan anda, tidak perlu menyediakan bekas besar untuk simpan umpan hidup, boleh dibawa ke mana-

mana sahaja serta memberikan lebih liputan kawasan ketika memancing berbanding umpan hidup yang perlu dikarau perlahan.

 

Walau bagaimana pun tidaklah wajar pemancing terlalu taksub terhadap gewang sehingga menolak mentah-mentah penggunaan umpan alami seperti udang hidup.

Dan untuk kebaikan diri sendiri, anda tidak perlulah memikirkan sangat perkara tersebut. Tiada gunanya kita membuang masa memikirkan pendirian orang lain.

 

Published by
Amang