Korang Tanya Umpan Jawab –S9S22- Teknik pancingan port berbatu?

Share

 

SOALAN:

Saya ada menemui kawasan tebing pantai yang berbatu banyak. Jika saya ingin memancing di port tersebut, teknik apa yang sesuai dari segi umpan dan lain-lain?

 

JAWAPAN:

Kawasan pesisir pantai yang berbatu lazimnya menjadi habitat beberapa spesies ikan. Beberapa teknik pancingan boleh dilakukan.

Teknik pancingan dasar adalah yang paling biasa dilakukan. Bagi penggunaan umpan, biasanya umpan hidup atau mati paling baik.

Perambut jenis apollo (paternoster) dua mata kail adalah lebih praktikal berbanding pengunaan perambut tunggal.

 

Teknik apungan juga boleh dilakukan. Umpan berpelampung dilontar dan dibiarkan hanyut memasuki kawasan berbatu.

Bagi mengelak umpan tersangkut, sebaiknya perambut bermata kail tidak terlalu panjang. Memandai jika umpan itu menyentuh permukaan batu-batu tenggelam di dalam air.

 

Selain itu teknik casting menggunakan gewang juga boleh dilakukan dan ia merupakan teknik yang lebih mencabar.

Casting atau mengilat memerlukan ketekunan, rajin serta tenaga yang konsistan. Gewang selaman cetek adalah terbaik digunakan dari tebing berbatu bagi mengelak ia tersangkut.

Gewang-gewang lain yang turut sesuai digunakan adalah jig saiz kecil (shore jigging) dan soft plastic atas sifatnya yang kalis sangkut.

 

Jika kawasan itu airnya cetek dan jernih, anda tentunya dapat melihat kedudukan batu-batu yang tenggelam.

Pada siang hari siang lebih mudah mengesan dan membezakan kawasan berbatu dan berpasir melalui warna air persekitaran.

Jika warna air gelap ia menandakan terdapat batu karang di dasar dan sebaliknya.

 

Gewang seboleh-bolehnya hendaklah dilontar jauh atau di sisi batu atau karang agar ia tidak mudah tersangkut.

Jika strike berlaku, kawalan joran dan sistem tegangan amat penting bagi menghindari ikan menyelinap ke dasar atau batu.

 

Published by
Amang