Jika merujuk kepada berat jig (60g-120g) yang anda ingin gunakan untuk jigging, ia bolehlah dikategorikan dalam teknik light jigging.

Bagi teknik light jigging ini saya lebih gemar menggunakan kekili bersaiz siri 2000 hingga 4000, joran PE 0.5-1.0, 0.8-1.5 atau 1.0 – 2.0 dan tali 15lb hingga 30lb.

Sementara leader pula bergantung kepada lb tali utama. Jika tali utama 15lb-20lb, leader pula 20lb-25lb. Jika tali utama 25lb-30lb, leader pula 30lb.

Ads

 

Dari segi penggayaan jig pula, anda bolehlah mainkannya mengikut spesies sasaran. Sekiranya ingin menjerat spesies demersal atau ikan dasar, jig perlulah digayakan dengan perlahan di kawasan lantai laut.

Ads

Sekiranya ingin menyasarkan ikan pelagik yang berada di pertengahan air hingga sub permukaan, jig perlulah digayakan dengan lebih pantas meniru renangan ikan-ikan pelagik (mangsa) di kawasan tersebut.

 

Ads

Kefahaman anda tentang saiz lb tali ditentukan oleh jenis ikan yang berlainan itu adalah tidak tepat.

Pemilihan lb tali haruslah dipadankan dengan joran dan kekili yang digunakan. Dan merujuk ke kapasiti tali yang diperlukan untuk jigging di Selat Melaka dan Laut China Selatan, tali sepanjang 200 meter itu sudah lebih dari cukup.

Purata kedalaman bagi light jigging sekitar 50 meter sahaja. Dan kekili yang anda gunakan itu boleh memuatkan tali sehingga 400 meter jika menggunakan tali berdiameter lebih kecil.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI