Korang Tanya Umpan Jawab -S9S12- Make over reel bangla??

Share

 

Boleh… tetapi dua perkara utama perlu diambil kira. Sebelum dilakukan make over terhadap joran pantai kepada joran bangla, kekuatan dan kemampuan rod tersebut perlu dipastikan terlebih dahulu.

Cara mudah untuk menguji adalah dengan mengangkat dan menampung beban sehingga 1kg.

Ini bagi bagi membolehkan ia menampung beban batu ladung ketika digunakan nanti.

 

Kedua, anda harus faham bahawa aksi rod pantai (kekili mendatar) dan rod bangla (kekili menegak elektrik) adalah berlawanan.

Cincin dan pemegang kekili rod pantai dipasang pada bahagian bawah tulang belakang rod, sementara cincin dan pemegang rod bangla dipasang di bahagian atas tulang belakang rod.

 

Oleh yang demikian, jika anda ingin menggunakan rod pantai sebagai rod bangla maka ia perlu dicustom atau diubahsuai sepenuhnya.

Semua cincin pada rod pantai perlu ditanggalkan dan ia tidak sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan pemegang joran.

Maka perlu cincin dan pemegang kekili yang baru perlu dipasang pada bahagian atas tulang belakang rod dengan sususan yang berbeza pula.

 

Kesimpulannya, memang boleh make over rod pantai menjadi rod bangla tetapi ia adalah satu kerja yang renyah.

Jika menggunakan khidmat pembuat rod custom pun belum tentu mereka mahu melakukannya dan kos upah dan alatan juga tinggi.

Silap hari bulan, ia lebih mahal daripada anda membeli rod yang khusus untuk kekili elektrik.

 

Published by
Amang