Boleh… tetapi dua perkara utama perlu diambil kira. Sebelum dilakukan make over terhadap joran pantai kepada joran bangla, kekuatan dan kemampuan rod tersebut perlu dipastikan terlebih dahulu.
Cara mudah untuk menguji adalah dengan mengangkat dan menampung beban sehingga 1kg.
Ini bagi bagi membolehkan ia menampung beban batu ladung ketika digunakan nanti.
Kedua, anda harus faham bahawa aksi rod pantai (kekili mendatar) dan rod bangla (kekili menegak elektrik) adalah berlawanan.
Ads
Cincin dan pemegang kekili rod pantai dipasang pada bahagian bawah tulang belakang rod, sementara cincin dan pemegang rod bangla dipasang di bahagian atas tulang belakang rod.
Oleh yang demikian, jika anda ingin menggunakan rod pantai sebagai rod bangla maka ia perlu dicustom atau diubahsuai sepenuhnya.
Ads
Semua cincin pada rod pantai perlu ditanggalkan dan ia tidak sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan pemegang joran.
Maka perlu cincin dan pemegang kekili yang baru perlu dipasang pada bahagian atas tulang belakang rod dengan sususan yang berbeza pula.
Ads
Kesimpulannya, memang boleh make over rod pantai menjadi rod bangla tetapi ia adalah satu kerja yang renyah.
Jika menggunakan khidmat pembuat rod custom pun belum tentu mereka mahu melakukannya dan kos upah dan alatan juga tinggi.
Silap hari bulan, ia lebih mahal daripada anda membeli rod yang khusus untuk kekili elektrik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Threadfin atau polynemid adalah nama biasa bagi ahli keluarga Polynemidae. Mereka ditemui di perairan tropika dan subtropika semua lautan.
Kebanyakan threadfin adalah ikan makanan penting di banyak bahagian tropika.
Mereka mudah dikenal pasti sebagai keluarga kerana keserupaan mereka dalam penampilan badan keseluruhan, keadaan mata dan ruji sirip pektoral.
Sirip pektoral dibahagikan kepada 2 bahagian, sirip atas yang lengkap dengan ruji dan sirip yang lebih bawah dengan ruji 3 hingga 16 panjang yang tidak bercantum.
Kebanyakan spesies boleh ditemui di perairan pantai dan estuari, walaupun ada yang hidup sepenuhnya di sungai-sungai air tawar.
Threadfin biasanya menggemari habitat di dasar pasir dan berlumpur di kedalaman kurang dari 150 meter. Mereka memakan ikan kecil dan krustasea.
Beberapa spesies yang lebih kecil memakan plankton.
Terdapat 8 genus dan kira-kira 42 spesies di seluruh dunia. Malaysia diwakili oleh 5 genera dan kira-kira 12 spesies.
Spesies yang akan diketengahkan ini ialah kurau atau turut dinamakan sebagai senohong yang merujuk kepada kurau yang lebih besar.
Ia merupakan spesies sasaran utama bagi pemancing tebing atau bersampan di estuari.
Ikan yang membawa nama saintifik Polynemus indicus dan Indian threadfin di peringkat global ini mampu membesar panjang sekurang-kurangnya 113cm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 65cm sahaja.
Gelaran threadfin yang diberikan adalah berdasarkan keunikan kurau yang mempunyai sirip seakan benang (seperti janggut) yang berjuaai keluar di bawah pipinya.
Kurau tinggal di kawasan muara dan persisiran yang berlumput. Janggut yang saya maksudkan tadi amat penting untuk kegunaan kurau sebagai deria (feelers) di perairan yang keruh untuk mencari makanan.
Kurau mempunyai ekor yang sangat bercabang dan dua sirip dorsal yang sama saiznya. Bentuk dan kelebaran sirip analnya lebih kurang sama dengan sirip dorsal kedua.
Ikan kurau dipercayai mampu menjangkat berat sehingga 30kg. berbanding senangin, kurau kelihatan gelap dan lebam.
Perbezaan kurau tempatan dengan kurau banyak terdapat di Australia (Polynemus sheridani).
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
ATOKLURE: Saya dilahirkan di Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Kedah, sekarang saya tinggal bersama keluarga di Jitra, Kedah.
Saya mempunyai kerjaya hakiki di sektor awam dan saya juga membuat kerja part time sebagai pembuat umpan tiruan ataupon lebih dikenali sebagai luremaker.
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha gewang dan lain-lain lagi?
ATOKLURE: Sebenarnya saya mula menceburi bidang ini sejak tahun 2007/08 lagi tetapi saya tidak begitu teliti dalam pembuatan umpan kerana pada masa itu umpan yang dibuat adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
Selepas itu ramai rakan pemancing yang tertarik dengan umpan yang saya buat, mereka sering bertanyakan saya macamana nak dapatkan umpan ini, disebakan itu saya mulai
serius untuk membuat kajian yang teliti untuk menghasilkan produk umpan buatan saya sendiri dan terhasillah produk dinamakan Atoklure yang tercetus pada tahun 2014 hingga sekarang.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana sejarah permulaannya?
ATOKLURE: Pada asalnya ia merupakan hobi kerana maklumlah umpan (lure) agak mahal di pasaran, disebabkan saya minat memancing dan selalu melakukan aktiviti memancing
menggunakan teknik casting, saya mula berfikir dan terdetik di hati saya untuk membuat umpan tiruan dan menggunakan umpan tiruan tersebut dari buatan tangan saya sendiri.
Sebenarnya disebabkan minat yang mendorong saya untuk menjadi pembuat umpan. Sejak kecil lagi saya minat bertukang dan memancing, di situlah tercetus idea untuk mendorong saya mencuba untuk membuat umpan buatan sendiri.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
ATOKLURE: Bagi saya setiap perkerjaan yang kita lakukan mesti akan ada cabaran yang perlu kita lalui, bergitu juga dengan saya, cabaran utama saya adalah untuk menyakinkan
produk yang saya buat ini kepada para pemancing (caster) kerana terdapat banyak saingan umpan tiruan di pasaran.
Terdapat pelbagai jenis produk yang datang dari luar negara di pasaran ini, disebabkan itu saya rasa begitu mencabar dan saya ingin memajukan lagi produk umpan saya sehingga ia mendapat tempat di hati pemancing.
Saya berasa begitu puas apabila pemancing yang menggunakan produk saya memberi respon yang positif dan ingin menempah lagi produk keluaran saya itu.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dihasilkan dari produk ini?
ATOKLURE: Alhamdulillah umpan (lure) saya telah berada disemua negeri di Malaysia ini termasuk Sabah dan Sarawak, kebanyakan saya menjual secara online dan terdapat juga dijual di kedai pancing sekitar Perak.
Produk saya juga sudah telah mempunyai jualan di luar negara dan telah dijual kepada para pemancing di sekitar USA, Australia dan Singapura.
UMPAN: Sejak bilakah anda mula menghasilkan gewang handmade ini?
JOHNED: Saya bermula dengan main-main saja. Untuk suka-suka kegunaan sendiri. Namun secara rasminya saya menjadikannya (pembuatan gewang buatan tangan material plastik) satu usaha yang serius pada tahun 2010.
UMPAN: Kenapa anda memilih untuk menghasilkan gewang handmade ini?
JOHNED: Pertamanya adalah kerana minat yang mendalam pada pembuatan gewang atau umpan tiruan ini.
Keduanya adalah untuk menambah pendapatan pada masa itu dan juga sampailah sekarang.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
JOHNED: Di antara rintangan pada masa itu ialah untuk mengetengahkan produk dan sukar untuk mendapat kepercayaan pada pengguna bahawa gewang buatan tangan anak tempatan mampu menghasilkan strike.
Apatah lagi pada masa itu penggunaan umpan dan umpan hidup berluasa dan pelbagai cemuhan atau pandangan yang negatif dilemparkan.
Bukannya satu perkara yang mudah untuk mendapatkan kepercayaan pada pengguna tanpa dibuktikan apatah lagi pada masa itu penggunaan gewang jarang-jarang kita lihat
untuk mendaratkan ikan dan jarang-jarang orang yang cuba membuat gewang buatan tangan.
Kalau ada pun sekadar untuk kegunaan sendiri itu pun bukan gewang material plastik tapi kayu.
Buat masa ini tiada lagi seseorang yang berjaya mengetengahkan gewang buatan tangan dari material plastik.
Di Malaysia mungkin di Asia apatah lagi untuk pasaran yang luas seperti hari ini yang mana ada segalanya tidak seperti dulu yang tiada kemudahan internet dan media sosial.
Alhamdulillah… kita cuba membawanya dengan lebih jauh lagi… Insyaallah.
UMPAN: Apa kelebihan produk buatan tangan anda ini?
JOHNED: Sedikit ketahanan dari gewang material kayu dan penampilan yang agak menarik. Dan anda boleh menilainya sendiri bila menggunakannya… tak kenal maka tak cinta.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman memancing anda?
JOHNED: Dalam segi pengalaman memancing taklah hebat sangat mungkin nasib menyebelahi bersertakan rezeki yg diberi terutama spesies muara seperti siakap.
Kalau nak kira pengalaman tu susah la nak cakap satu malam tak habis lagi cerita apa tidaknya dari muda sampai sekarang masih lagi aktif memancing.
Cuma saya nak tambah sedikit… sebagai pesanan pada pembuat gewang di luar sana, cubalah jangan meniru 100%.
Buatlah dengan idea yang tersendiri. Cuba ubah dari segi bentuk dan jugak colour yang penting ianya berkesan. Sikit-sikit tu ok laa… biar nampak ada kelainan sikit dari gewang-gewang yang lain.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...