Korang Tanya Umpan Jawab -S9S1- Kenapa gewang banyak warna?

Share

 

SOALAN:

Saya perhatikan setiap jenis gewang untuk casting mempunyai variasi warna yang pelbagai.

Ada yang sampai 7 jenis kod warna pun ada. Pada pendapat admin, dalam banyak pilihan warna ni, warna apa yang paling killer? Kalau nak beli semua… koyak la min!

 

JAWAPAN:

Saya tidak menafikan apa yang anda katakan itu ada benarnya. Namun untuk menentukan warna gewang yang killer agak subjektif.

Satu perkara yang kita harus ingat, gewang-gewang tersebut bukanlah dihasilkan untuk perairan negara kita saja.

Justeru itu ia dihasilkan dengan kepelbagaian kod warna. Apa yang admin boleh kongsi ialah cara-cara pemilihan warna gewang berdasarkan faktor cuaca dan kondisi perairan.

 

Pada amnya, gunakan gewang warna terang untuk siang hari dan gewang warna gelap untuk malam.

Kita perlu ingat yang warna hitam sering berkesan, tanpa mengambil kira waktu siang.

 

Seperkara lagi, warna di bawah perut gewang juga perlu diberi perhatian kerana warna gelap lebih merangsang tarikan pada siang hari kerana apabila sambaran berlaku dari bawah, ia kelihatan seperti gewang tersebut bayang (silhouette).

Pada waktu malam, gunakan warna di bawahnya putih atau perak.

 

Beberapa aspek lain juga patut diambil kira. Pada pendapat saysa, kejernihan air adalah perkara asas sebagai panduan memilih warna gewang yang betul.

Ketika air jernih, gunakan warna gewang seperti kuning, kelabu atau perak.

 

Bagi air yang keruh dan kotor, sebaiknya gunakan gewang berwarna gelap atau terang seperti ungu, merah, perang, hitam atau emas untuk menghasilkan bayang bagi ikan pemangsa.

 

Manakala jika langit gelap dan berawan, gunakan gewang warna sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini iaitu warna yang boleh menghasilkan bayang dari bawah.

Gewang yang hitam, perang dan ungu adalah pilihan terbaik untuk cuaca sebegini. Pada hari gelap, gunakan warna bawah gewang putih atau perak.

 

Untuk langit yang cerah, gunakan warna lembut yang boleh menghasilkan bayang apabila ikan melihat dari bawah.

Gewang yang berwarna putih, kelabu, kuning, asap (smoke) atau jernih disyorkan untuk cuaca sebegini dan warna gelap di bawah gewang juga boleh merangsang ikan menyambar dari bawah.

Published by
Amang