Terus terang saya katakan bahawa bukan saja admin tetapi ramai otai atau masta dewaya raya tidak boleh memberi maklumat yang tepat kerana ia berhubung rapat dengan lokasi yang bakal anda pancingi.
Sebaiknya anda meminta pandangan dan maklum balas dari kaki-kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal anda gunakan perkhidmatannya.
Ads
Atau secara ringkasnya, tiada musim tertentu untuk memancing di kecuali masalah cuaca. Oleh yang demikian, sebelum turun memancing di mana-mana lokasi, sebaiknya juga dapatkan dulu ramalan cuaca di kawasan tersebut.
Kalau dari segi waktu pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan pada waktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus.
Ads
Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah.
Sebagai pedoman sampingan bolehlah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi.
Ads
Dan jika ditanya bilakah waktu yang paling baik untuk kita memancing di laut dalam pula, kebiasaannya ialah pada waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari.
Kemudian pada tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar. Selain itu ialah pada awal pagi atau waktu Subuh dan sesudah subuh dari jam 8.00 pagi hinggalah 11.00 pagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Perisa atau pes Original sebenarnya sudah boleh digunakan terus bersama roti, paeet atau dedak untuk dijadikan umpan. Untuk tarikan yang lebih, ia boleh dicampurkan dan dimasak. Malah umpan yang dimasak boleh meningkatkan lebih aroma dan tahan lebih lama.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa pandan kelapa Original
Perisa kelapa Original
Perisa pisang Original
Minuman berkarbonat aiskrim soda
Cara Penyediaan sos:
Masukkan setengah botol (anggaran 150 ml) perisa pandan kelapa Original ke dalam periuk.
Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat aiskrim soda.
Masukkan tiga penutup botol perisa kelapa Original dan tambahkan dua penutup botol perisa pisang Original.
Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.
Cara penggunaan sos:
Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwich, roti kentang, roti bun, pelet atau juga dedak.
Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.
Salam admin, saya ingin bertanya mengenai tali sulam untuk pancing pantai. Sesuai atau tidak saya menggunakan 60lb (27 kg) jenis 4 sulam sulam dan dipadankan dengan joran 15 kaki (4.6 meter) panjang?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Pancingan pantai atau surfcasting merupakan salah satu teknik pancingan di kawasan pantai. Secara amnya, teknik ini amat mementingkan jarak lontaran umpan jauh ke tengah. Panjang rod pula memainkan peranan untuk tujahan balingan serta meminimumkan tolakan ombak ke arah daratan pada tali utama.
Selalunya penggunaan tali benang (braided) sering digunakan namun tali benang kekuatan 60 lb jenis 4 sulam sebenarnya agak besar/kasar dari segi diameter. Kekuatan tali tiada masalah pada asasnya namun saya mengesyorkan anda menggunakan tali berdiameter lebih kecil untuk memaksimumkan jarak lontaran anda.
Saya sendiri menggunakan tali braided 30lb jenis 8 sulam. Setakat ini ia sudah memadai dan berpadanan dengan setting yang digunakan. Satu perkara lain, sebaiknya carilah tali sulam jenis bulat dan kurang menyerap dan dapat memotong air dengan baik. Ia sangat membantu bagi mengekalkan umpan berada di dasar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...