Boleh tak ikan seriding dibuat umpan memancing? Ikan seriding ni yang banyak tersangkut pada mata apollo bila nak cari umpan ketika memancing di kelong.
JAWAPAN:
Ikan seriding atau cardinalfish, adalah sejenis ikan kecil yang tergolong di dalam keluarga Apogonidae.
Ia senang ditemui di kawasan muka kuala dan pesisir pantai terutamanya Kawasan berkarang.
Ads
Ia turut mudah ditemui di persekitaran kelong pesisir pantai terutamanya ketika arus laju untuk berteduh dan berlindung dari pemangsa.
Ikan seriding dikenali memiliki sirip berduri yang tajam tetapi tidak berbisa. Sirip berduri itu merupakan antara asset yang ada sebagai senjata mempertahankan dirinya dari pemangsa.
Ekoran dari sifat biologinya itu, kebanyakan pemancing beranggapan ikan seriding tidak sesuai dijadikan umpan untuk memancing ikan-ikan lain.
Ads
Tidak dinafikan ikan seriding agak kurang digunakan sebagai umpan bukanlah disebabkan tiada ikan yang mahu memakannya.
Ikan seriding turut berada dalam rantaian makanan sebagai mangsa namun di kawasan yang banyak pilihan makanan, ikan seriding menduduki carta bawahan sebagai pilihan pemangsa.
Ads
Justeru itulah jika ikan seriding dijadikan umpan bersama umpan lain, joran yang menggunakan umpan seriding hampir sepenuhnya tiada sebarang getuan berlaku.
Namun di kawasan yang agak terbatas pilihan makanan, ikan seriding dikatakan menjadi umpan popular untuk memancing ikan pemangsa seperti selangat.
Oleh yang demikian, sekiranya anda memancing di kawasan yang dipercayai hadirnya selangat, boleh anda cuba menggunakan umpan ikan seriding.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Assalamualaikum, saya ialah orang baru dalam dunia kaki pancing. Jadi saya ingin bertanya satu soalan iaitu; adakah penggunaan kekili biasa dan kekili yang dikhaskan untuk ‘casting’ sama fungsinya seperti ia boleh digunakan dalam teknik ‘bottom’ atau dari segi kecekapan dan kekuatannya untuk ikan yang agresif.
JAWAPAN:
Wasalam… fungsi kekili pada asasnya sama dalam pancingan iaitu ditugaskan untuk membantu pemancing mendaratkan ikan. Namun begitu, rekaan jenis kekili sudah pasti direka untuk pengkhususan tertentu.
Dalam soalan ini, kekili baitcaster sememangnya direka untuk padanan set khusus untuk teknik pancingan mengilat atau casting dengan memberi kelebihan ketika masa lontaran, ketepatan, penggayaan gewang serta lain-lain lagi yang sememangnya diperlukan dalam teknik casting.
Sebaliknya, kekili spinning pula lebih sesuai untuk teknik bottom kerana keupayaan selain tidak terlalu teknikal.
Begitu pun, terdapat juga padanan set kekili spinning lebih digemari untuk dibuat set casting terutama ultralight fishing dek kerana keupayaan membuat lontaran menggunakan gewang mikro atau umpan tiruan yang ringan.
Secara kasarnya, kekili spinning lebih mudah digunakan manakala pengendalian kekili baitcaster pula lebih teknikal. Adapun, lebih baik menggunakan pilihan kekili anda dengan teknik yang dikhususkan untuk ketahanan jangka masa panjang.
Contohnya, boleh sahaja menggunakan set baitcasting untuk bottom fishing, namun tidak praktikal dan risiko kerosakan mungkin berlaku sama ada pada kekili atau backbone rod anda.
Soalan saya mengenai memancing haruan. Saya ada masalah kalau ikan haruan sambar umpan dah dekat dengan tebing. Saya akan jadi panik dan konfius sama ada nak terus sentap atau biarkan. Saya takut ikan tak lekat tapi mata kail pulak yang melekat kat muka. Apa pandangan admin?
JAWAPAN:
Tahniah kerana berani dan tidak malu untuk bertanya. Ia adalah satu pembelajaran yang bagus untuk anda menaikkan ilmu dalam arena memancing ini. Situasi yang anda alami sebenarnya dialami oleh ramai pemancing. Dan saya memahaminya dengan amat jelas situasi tersebut.
Dalam pancingan haruan terutamanya mengilat atau casting menggunakan umpan hidup (katak) dan gewang, situasi di mana haruan menyambar umpan ketika ia sudah hampir tiba ke pemancing adalah sesuatu yang lumrah.
Dalam soal ini, sedikit kesulitan sekiranya menggunakan umpan katak berbanding gewang. Jika menggunakan gewang, sentapan atau strike boleh dilakukan secara terus. Sebaliknya jika menggunakan umpan katak, kejadian rabut atau tidak lekat sering berlaku.
Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya dibiarkan beberapa saat sebelum melakukan sentapan. Caranya ialah dengan memberi tali terlebih dahulu.
Bila mendapati ada pergerakan tali keluar dari kekili barulah melakukan sentapan. Dan bagi mengelakkan kejadian rabut dan mata kail terpelanting ke arah pemancing maka lakukan sentapan ke arah sisi badan. Jika mata kail terpelanting sekalipun ia tidak akan mengenai mana-mana anggota badan pemancing.
Sebaiknya amalkan teknik strike ke arah sisi badan dalam apa juga keadaan sekali pun kerana ia adalah lebih selamat.
Saya memahami dengan jelas kekeliruan yang anda alami kerana saya sendiri pernah mengalami perkara yang sama suatu ketika dahulu.
Untuk menyelesaikan kekeliruan ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Pertama sekali kita perlu memahami peranan dan kegunaan dua jenis perambut ini.
Secara mudahnya bolehlah dirumuskan penggunaan perambut ini bergantung kepada ikan sasaran dan lubuk.
Sekiranya lubuk itu didiami oleh ikan hidup secara berkumpulan (seperti ikan merah atau ibu kerisi), maka penggunaan perambut apollo 2 atau 3 mata kail adalah lebih sesuai.
Ini adalah kerana secara logiknya ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini memiliki tabiat makan secara berebut.
Oleh yang demikian, peluang untuk mendaratkan ikan lebih dari satu ekor pada satu-satu masa adalah lebih tinggi jika menggunakan perambut apollo 2 mata kail.
Sementara perambut panjang ini lebih sesuai untuk memikat ikan yang meronda atau mendiami lubuk secara bersendirian atau dalam kumpulan yang kecil.
Sementara panjang pendek perambut bergantung kepada arus dan juga jarak antara pemancing di atas bot.
Boleh dikatakan perambut panjang ini lebih efektif penggunaannya berbanding perambut apollo.
Akan tetapi, sekiranya anda atau ahli trip yang lain berjaya mendaratkan ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini dengan menggunakan perambut panjang, maka segeralah menukar kepada perambut apollo.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...