Korang Tanya Umpan Jawab -S8S22- Kenapa nak pakai baju camo?

Share

 

SOALAN:

Admin, boleh ulas sikit pasal baju penyamaran camo? Kadang-kadang orang tak faham pasal apa kita pakai baju camo.

Orang tak faham kadang-kadang ikan culas nak makan… tambah-tambah kelah. Nampak bayang-bayang pun lari.

 

JAWAPAN:

Admin rasa, anda sudah pun mempunyai jawapan untuk dijelaskan kepada sesiapa pun yang bertanya tentang peranan baju penyamaran camouflage.

 

Pada asasnya, baju penyamaran camouflage ini ialah adaptasi dari seragam tentera darat bertujuan mengelabui mata musuh ketika bertempur di dalam hutan.

Kemudian, pakaian penyamaran ini diguna pakai oleh pemburu itik liar khususnya di Amerika Syarikat dengan menggunakan corak hutan di negara mereka.

Seterusnya ia diguna pakai oleh para pemancing khususnya bagi segmen pancingan sungai pergunungan.

 

Sama ada pemburu itik atau pemancing sungai pergunungan, matlamat pemakaian baju camo ini tetap sama iaitu cuba mengelabui pandangan mangsa.

Hanya mangsa yang berbeza. Pemburu itik memburu itik yang lazimnya berada di permukaan air, manakala pemancing pula cuba mengelabui pandangan ikan di dalam air.

 

Bagi sesiapa saja yang bukan dalam bidang, pasti tidak faham bagaimana pakaian camo ini boleh mengelabui pandangan ikan yang berada di dalam air.

Malah, di kalangan pemancing sendiri juga ada yang tidak mengetahui kemampuan sudut pandangan ikan seperti kelah di luar air.

 

Begitu pun, pemakaian camo hanya menyumbang sebahagian kecil sahaja bagi peratusan strike. Aspek-aspek lain seperti gerak-geri dan bunyi yang dihasilkan oleh pemancing turut memainkan peranan tersendiri.

 

Bahkan pemakaian camo ini turut memiliki kelemahan tersendiri. Disebalik keberkesanannya bagi tugas penyamaran, ia mendatangkan kesulitan jika pemakai hilang atau sesat di dalam hutan.

Disebabkan faktor penyamaran tersebut ia akan menyulitkan tugas-tugas menyelamat.

Published by
Amang