SOALAN:

Ada sedikit persoalan untuk admin… jika kekuatan sistem drag kekili adalah 4 kilogram, adakah kekili dapat bertahan hanya pada saiz ikan maksimum seberat itu?

 

JAWAPAN:

Ramai yang masih keliru tentang kekuatan drag (daya seretan) kekili dengan saiz ikan yang boleh dipancing.

Untuk makluman, drag kekili bukanlah seperti alat timbang untuk mengukur berat ikan sebaliknya ia adalah untuk mengukur tahap kekuatan atau daya ikan menyeret tali pancing keluar dari kekili.

 

Sistem tegangan (drag) dicipta supaya ia dapat memberi jangka hayat lebih lama kepada logam gear di dalam kekili.

Ads

Oleh itu, gear diberi perlindungan supaya tidak haus atau rosak apabila tekanan dan beban yang dikenakan melebihi kekuatan yang ditetapkan.

 

Sebagai contoh, 4kg bersamaan 8.81 lb dan gelendung kekili dimuatkan dengan tangsi kekuatan 15lb. Lazimnya kita akan set sistem tegangan pada skala 1/3 daripada kekuatan muatan tangsi iaitu kira-kira 5lb.

Untuk lebih tepat korang perlu gunakan skala pengukur dan tarik keluar tangsi dari gelendung dan perhatikan bacaan skala apabila tali keluar.

 

Jika bacaan kurang daripada 5 lb, ketatkan sedikit demi sedikit sehingga bacaan akhir tangsi mula keluar ialah pada tahap lb paun.

Ads

Apabila sudah tepat, biarkan kekunci sistem tegangan pada tahap ini. Walaupun sistem tegangan maksimum ialah 4kg tetapi seboleh-bolehnya dinasihatkan supaya jangan dikunci tegangan tali pada tahap ini.

Biar kurang daripada paras itu supaya kita tidak memaksa kekili sentiasa beroperasi pada tahap maksimum kecuali sesekali dalam keadaan yang memaksa.

 

Selepas ini jika ikan melebihi 4kg memecut, sistem tegangan akan membenarkan tangsi keluar.

Biarkan ikan lari selama nama yang dia mahu kerana konsep ini ikan tidak akan dapat memutuskan tali kecuali terkena objek tajam digigit atau bergesel dengan karang.

Ads

 

Layan saja larian ikan sehingga ia letih. Semakin banyak ikan membuat larian, ia akan semakin letih kerana terpaksa menggunakan kudrat untuk menarik keluar beban 5lb sepanjang masa.

 

Apabila tali semakin banyak ditarik keluar, beban yang asalnya 5lb menjadi semakin berat. Ini kerana lebih banyak tekanan diperlukan untuk menarik keluar tali yang setengah isinya berbanding tali yang penuh di dalam gelendung.

 

Sistem tegangan akan menjadi berganda apabila 80 peratus tali asal keluar dari gelendung.

Konsep asas – semakin kurang tali dalam gelendung semakin tinggi tekanan diperlukan untuk sistem tegangan beroperasi.

Percaya atau tidak, tali 5lb boleh menewaskan ikan seberat 30lb!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI