SOALAN:

Boleh tak admin jelaskan berapa banyak jenis joran yang ada dan kalau boleh terangkan juga perbezaan dan fungsinya?

 

JAWAPAN:

Pada asasnya joran atau fishing rods terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu pole rod, batcasting rod dan spinning rod.

 

 ➡ Pole rod (joran beradu)

Pole rod adalah merujuk kepada joran yang paling asas iaitu joran yang tidak memiliki cincin (guide) dan tidak menggunakan kekili.

Ads

Hanya pada hujung joran atau tip sahaja terdapat seutas tali yang digunakan untuk menyambungkannya dengan tali utama.

 

Pole rod ini digunakan secara meluas dalam teknik pole fishing atau course fishing. Di Malaysia, lazimnya pole rod ini digunakan untuk memancing ikan-ikan kecil seperti sepat, puyu serta udang galah di kolam-kolam komersial.

Namun kini kegunaan joran beradu ini telah dipertingkatkan untuk bertarung dengan ikan-ikan monster.

 

Ads

 ➡ Baitcasting rod (joran kekili menegak)

Baitcasting rod atau joran yang dipadankan dengan kekili menegak ini boleh dianggap sebagai joran yang berlawanan dengan joran untuk kekili mendatar.

Selain itu baitcasting rod ini lazimnya memiliki trigger atau pemetik bagi mengukuh lagi pegangan tangan pada joran dan kekili.

Ini adalah kerana kekili pada joran ini akan diletakkan menegak di atas joran. Selain itu terdapat beberapa ciri lain yang membezanya.

 

Ads

Spinning Rod (joran kekili mendatar)

Secara asasnya spinning rod ini adalah sama sahaja dengan baitcasting rod. Perbezaan paling ketara joran ini tidak memiliki trigger sebagaimana joran kekili menegak.

Disebabkan joran ini digunakan bersama kekili mendatar maka cincin pertama joran lebih besar berbanding joran kekili menegak.

 

Begitu juga dengan jumlah cincin lazimnya ia lebih sedikit berbanding baitcasting rod.

Berasaskan spinning rod juga ia dikembangkan untuk kegunaan pancingan lain seperti fly fishing, surfcasting, ice fishing, telescopic rod dan sebagainya lagi.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI