Korang Tanya Umpan Jawab -S8S13- Kekili terbaik untuk surfcasting?

Share

 

SOALAN:

Admin, kekili mana yang lebih sesuai dan paling bagus untuk teknik surfcasting… multiplier atau spinning?

 

JAWAPAN:

Pada pendapat saya, sama ada kekili menegak (multiplier reel) atau kekili mendatar (spinning reel), kedua-duanya sesuai dan bagus teknik surfcasting.

Kedua-duanya ada kelebihan dan juga kelemahan tersendiri. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan.

 

Sekiranya anda bertanya sebagai pendatang baru dalam dunia pancingan pantai ini, saya mencadangkan agar anda menggunakan kekili mendatar saja.

Ia lebih senang sekiranya anda sudah sedia ada memiliki kekili mendatar bersaiz 4000 ke atas.

Ini kerana hampir semua kekili mendatar bersaiz 4000 ke atas sesuai digunakan untuk surfcasting tanpa perlu melakukan sebarang modifikasi.

Secara tidak langsung anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli kekili menegak pula.

 

Apabila sudah menguasai pengendalian menggunakan kekili mendatar terutamanya dari aspek lontaran sempurna, barulah berjinak-jinak dengan multiplier pula.

Tidak dinafikan penggunaan multiplier dalam teknik surfcasting ini lebih menyeronokan tetapi agak komplikasi.

 

Berbanding kekili mendatar, jarak lontaran yang mampu dilakukan dengan menggunakan multiplier adalah lebih jauh. Namun tidak semua multiplier standard mampu berbuat demikian. Hanya multiplier tertentu saja berupaya melakukannya setelah dimodifikasi.

 

Kesimpulannya, adalah lebih baik menggunakan kekili mendatar atau spinning reel yang terbukti lebih mesra pengguna dan lebih berekonomi.

 

Published by
Amang