Admin, kekili mana yang lebih sesuai dan paling bagus untuk teknik surfcasting… multiplier atau spinning?
JAWAPAN:
Pada pendapat saya, sama ada kekili menegak (multiplier reel) atau kekili mendatar (spinning reel), kedua-duanya sesuai dan bagus teknik surfcasting.
Kedua-duanya ada kelebihan dan juga kelemahan tersendiri. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan.
Ads
Sekiranya anda bertanya sebagai pendatang baru dalam dunia pancingan pantai ini, saya mencadangkan agar anda menggunakan kekili mendatar saja.
Ia lebih senang sekiranya anda sudah sedia ada memiliki kekili mendatar bersaiz 4000 ke atas.
Ini kerana hampir semua kekili mendatar bersaiz 4000 ke atas sesuai digunakan untuk surfcasting tanpa perlu melakukan sebarang modifikasi.
Ads
Secara tidak langsung anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli kekili menegak pula.
Apabila sudah menguasai pengendalian menggunakan kekili mendatar terutamanya dari aspek lontaran sempurna, barulah berjinak-jinak dengan multiplier pula.
Ads
Tidak dinafikan penggunaan multiplier dalam teknik surfcasting ini lebih menyeronokan tetapi agak komplikasi.
Berbanding kekili mendatar, jarak lontaran yang mampu dilakukan dengan menggunakan multiplier adalah lebih jauh. Namun tidak semua multiplier standard mampu berbuat demikian. Hanya multiplier tertentu saja berupaya melakukannya setelah dimodifikasi.
Kesimpulannya, adalah lebih baik menggunakan kekili mendatar atau spinning reel yang terbukti lebih mesra pengguna dan lebih berekonomi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin Majalah Umpan terangkan teknik mancing dari atas kapal yang tingginya melebihi 5 meter. Dan joran apa yang sesuai untuk digunakan. Dan bagaimana untuk membawa ikan naik ke kapal dengan selamat. Terima kasih admin.
JAWAPAN:
Soalan ini mengingatkan saya pengalaman memancing di One Phantom Bank di mana ketinggiannya melebihi 5 meter. Oleh yang demikian teknik pancingan hampir sama saja dengan memancing di atas kapal yang tingginya 5 meter.
Joran yang sesuai digunakan sebaiknya joran panjang melebihi 8 kaki dengan aksi berat. Joran yang panjang member kelebihan apabila ikan yang dipancing bertindak berenang ke bawah kapal. Joran panjang mampu mengekang larian ikan berbanding joran yang lebih pendek.
Namun, penggunaan joran panjang perlulah juga disepadankan dengan pemilihan tali pancing yang betul. Sebaiknya gunalah tali tangsi atau mono berbanding tali sulam atau braided. Tali mono lebih tahan geseran berbanding tali sulam.
Perkara ini penting kerana kita perlu mengambil kira keadaan badan kapal di alam air yang lazimnya dipenuhi teritip tajam. Apabila ikan berenang ke bawah kapal dan dengan mudah tali sulam air putus apabila bergesel dengan badan kapal. Sebaliknya tali mono lebih tahan. Dan perlu juga guna tali mono berkuatan sekurang-kurangnya 30lb.
Setting peralatan begini juga membolehkan ikan yang dipancing dinaikkan ke kapal dengan selamat. Tetapi jika ikan yang diperoleh bersaiz besar, anda perlu menggunakan alat tambahan.
Biasanya saya menggunakan tali yang diikatkan mata tiga bersaiz besar yang berfungsi sebagai penyangkok. Ikan tersebut perlulah dilayan sehingga letih, kemudian barulah diturunkan tali bermata kail itu untuk menyangkoknya.
Saya baru dengar katanya ikan siakap (siakap putih) boleh bertukar jantina. Macam mana tu min? Tak tau la tukar jantina dari jantan jadi betina atau betina jadi jantan. Kalau betul… bila masanya siakap akan tukar jantina dan untuk tempoh berapa lama?
JAWAPAN:
Ikan siakap atau barramundi adalah spesies ikan yang cenderung atau berkemampuan merubah jantina (protandrous hermaphrodites). Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam segmen info spesies kesemua ikan siakap dilahirkan sebagai ikan jantan.
Selepas menjalani tempoh kematangan dan beberapa kali mengawan, kebanyakan ikan siakap jantan ini mengalami proses perubahan jantina menjadi ikan betina, bergantung kepada keadaan. Atau erti kata lainnya, bukan semua ikan siakap akan berubah jantina dan ada siakap dilahirkan sebagai jantan dan mati juga sebagai jantan.
Dan setelah bertukar menjadi betina, siakap tersebut kekal sebagai betina. Hal ini mungkin terjadi bagi mengawal populasi ikan siakap agar tidak terlalu banyak. Ini kerana seekor induk betina siakap mampu menghasilkan jutaan telur. Dan sebagai ikan pemangsa, sudahlah tentu ia satu yang bahaya jika populasi berlebihan.
Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina di kawasan tertentu adalah sesuatu yang lumrah kerana pada musim monsun atau musim mengawan, siakap jantan akan meronda masuk ke estuari untuk mencari pasangan.
Salam admin saya nak tanya adakah warna tali pancing memberi kesan? Ikan boleh nampak tali ke?
Kalau ikan nampak tali, dia tak makan ke sebab dia tau ada orang memancing?
JAWAPAN:
Secara umumnya, ikan mampu melihat warna di dalam air. Malah, warna turut memainkan peranan tersendiri dalam dunia kehidupan ikan.
Justeru itulah kita dapat melihat ikan yang memiliki pelbagai warna. Ikan jantan dan betina mempunyai kombinasi warna yang berlainan.
Namun ia bukan untuk dilihat manusia tetapi untuk memberi isyarat pada spesies yang sama waktu mengawan, waktu bertelur dan sebagainya.
Lazimnya warna juga dilihat mampu memberikan isyarat bahawa ketika ikan sedang marah, berlawan, takut dan sebagainya.
Ini bermaksud hidupan didalam air boleh melihat warna dan ada yang memberikan respon terhadap warna warna yang dihidangkan oleh pemancing termasuklah tali pancing.
Ia juga menjelaskan bahawa ikan boleh nampak warna pada gewang dan juga tali pancing yang digunakan oleh pemancing.
Namun pada saya, soal ikan akan makan atau tidak pada umpan lantaran dapat melihat warna tali itu merupakan perkara yang berasingan.
Dan sudah pastinya ia tidak mengetahui tali berwarna di dalam air itulah adalah tali pancing yang digunakan oleh pemancing.
Jadi tidak timbul langsung isu ikan tidak memakan umpan kerana mengetahui itu adalah tali pancing, apatah lagi mengetahui ada orang sedang memancingnya.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...