SOALAN:
Saya masih baru dalam dunia memancing itu pun baru try main kolam. Banyak istilah yang saya masih belum tahu tapi berminat nak casting.
Boleh tak beritahu makna gewang dan berapa banyak gewang yang ada?
JAWAPAN:
Gewang adalah umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, besi, logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan mengalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri.
Di bawah badan dan di bahagian ekor atau yang bahagian tersembunyi loan terdapat mata kail bagi membolehkan ikan tercangkuk apabila menyambar gewang.
Gewang dicipta untuk menjadikan ikan tidak mampu menahan godaannya.
Terdapat pelbagai jenis gewang di pasaran yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu :-
SPINNER BAIT
Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).
PLUG
Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan dip ermukaan air atau di bawah permukaan air.
Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul di permukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam kekedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.
SPOON
Spoon atau sesudu adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.
JIG
Jig mempunyai pemberat pada badannya atau menpunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.
FLY
Fly adalah gewang kecil yang ringgan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.
SOFT PLASTIC
Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semula jadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain.
Pengunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head.
Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.