Admin… untuk casting ikan air tawar macam sebarau dan peacock bass, mana lebih sesuai untuk dijadikan leader, leader yang lembut atau keras?
JAWAPAN:
Saya mengandaikan leader lembut yang dimaksudkan adalah monofilament shock leader dan leader keras ialah fluorocarbon.
Pada asasnya kedua-dua leader ini sesuai dan boleh digunakan. Tujuan leader digunakan adalah sebagai penyerap hentakan berikutan penggunaan tali sulam yang tiada memori.
Ads
Namun secara peribadi saya lebih selesa menggunakan monofilament shock leader untuk casting di air tawar. Untuk casting air masin pula saya memilih fluorocarbon.
Saya lebih selesa menggunakan monofilament leader atas beberapa sebab. Pertama, sifat elastik monofilament berbanding fluorocarbon yang agak kejung sedikit sebanyak ia tidak mengganggu aksi gewang terutamanya gewang-gewang kecil.
Ads
Kedua, sifat monofilament yang lebih elastik dan lembut juga membolehkan ia digunakan lebih panjang sehingga boleh dimuatkan ke dalam gelendung kekili.
Ia tidak seperti leader fluorocarbon yang akan menjejaskan kelancaran balingan apabila disambung terlalu panjang sehingga ke dalam gelendung.
Semakin panjang leader bermakna semakin jauh jarak halimunan gewang dengan tali utama.
Ads
Ketiga, monofilament leader lebih ringan berbanding fluorocarbon sekaligus menyebabkan ia lebih lambat tenggelam.
Perbezaan ini boleh dikenal pasti jika menggunakan gewang permukaan. Fluorocarbon yang berat dan mudah tenggelam akan menyebabkan gewang permukaan akan mendongak ke bawah sekaligus menjejaskan sedikit aksi renangannya.
Dan keempat, kebanyakan perairan air tawar tidak memiliki stuktur atau objek tajam sebagaimana di perairan air masin.
Oleh yang demikian ia tidak memerlukan leader yang keras dan tahan lasak menangkis geseran.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Susah rupanya nak nak pancing ikan ebek ni! Sehingga sekarang saya masih belum lagi ada lesen ebek. Boleh tak admin kongsi sedikit tip untuk memancing ebek?
JAWAPAN:
Pada Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin dalam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasea sebagai mangsanya sekaligus menjadikan senarai tersebut sebagai diet makanan utama.
Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidak sesukar mana. Bermula dari kawasan muara sehinggalah ke laut lepas. Antara lokasi terbaik memancing ebek ialah di kebanyakan perairan Terengganu dan Pahang. Waktu sesuai untuk memburu ebek dikatakan sekitar bulan Februari hingga Jun setiap tahun.
Lubuk terbaik untuk memburu ebek ialah di kawasan yang mempunyai struktur seperti batu atau karang.
Selain dipancing dengan menggunakan umpan konvensional, ebek turut menjadi spesies idaman penggemar teknik jigging menggunakan kepingan besi atau jig. Tidak dinafikan dalam sukan memancing, ebek merupakan antara spesies buruan berikutan aksi pertarungan yang dipersembahkannya.
Ebek boleh dipancing dengan teknik dasar atau jigging/light jigging di kawasan berbatu. Jig yang dipilih sebaiknya warna silver, hijau. Tetapi warna jig yang terang seperti pink, juga boleh, namun bergantung juga kepada lokasi, air, kedalaman air.
Diet utama ebek ialah krustasea bergerak perlahan. Jadi umpan yang efektif yang mungkin anda boleh cuba ialah udang hidup. Selain itu, tamban, ketam angin dan sotong cumit juga boleh digunakan. Gunakan perambut yang panjangnya sekitar 3 kaki ke atas.
Figura untuk kolum Personaliti Umpan pada kali ini menampilkan pemunya nama Azmi Jamaludin. Azmi Jamaludin atau lebih dikenali nama Azmi PT di kalangan pemancing merupakan seorang yang biasa-biasa sahaja jika dipandang sepintas lalu, namun bagi rakan-rakan dalam dunia pancingan Malaysia, Azmi PT cukup dikenali sebagai seorang yang mempunyai pelbagai ilmu dan kemahiran berkaitan pancingan.
Senang cerita ‘Mr. Know It All’. Kerjaya utama sebagai pengusaha kedai pancing secara tidak langsung membolehkan dia terus melibatkan diri dalam lapangan pancing dengan lebih fokus. Malah singkatan nama samarannya iaitu PT juga mengambil nama hasil daripada nama kedai pancingnya sendiri iaitu Pancing Tegar.
CERITA SERVIS KEKILI ELEKTRIK
Azmi PT boleh dikatakan mempunyai banyak ilmu dan kemahiran dalam lapangan pancing. Antara salah satu kemahiran yang agak jarang dimiliki oleh pemancing lain ialah kemahiran servis dan membaiki kekili elektrik atau lebih sinonim dengan terma ‘mesin bangla’.
Ilmu dan kemahiran berkaitan kekili elektrik ini dipelajarinya dengan usaha sendiri berbekalkan semangat inkuiri yang tinggi. Ceritanya bermula ketika dia membuat trip bersama rakan-rakannya dan rakan pemancing ada menyuarakan kesukaran untuk mencari tempat atau individu yang berkepakaran untuk melakukan servis atau membaiki kerosakan kekili elektrik.
Bermula dari situ, Azmi PT mula mempelajari selok belok mekanikal mesin bangla dan mula memberanikan diri untuk melakukan servis kekili elektrik. Kini, setelah hampir setahun menyediakan khidmat servis kekili elektrik, dia tidak menang tangan apabila menerima lebih kurang 60 buah kekili setiap bulan untuk diservis dan dibaiki.
Selain itu, dia juga pernah menjadi tenaga pengajar untuk kelas khas servis kekili elektrik yang berlangsung di Kolej Komuniti setelah mendapat banyak permintaan rakan-rakan pancing untuk mempelajarinya. Secara terbuka, dia menyambut baik program seperti ini, namun beberapa kekangan seperti masa dan modul yang dirasakannya belum lengkap sedikit sebanyak membataskan program ini untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
CERITA LAPANGAN PANCING
Selain daripada hal kekili elektrik, Azmi PT turut mempunyai pelbagai kemahiran dalam lapangan pancing. Tidak hairanlah, figura yang berasal dari Perak ini lebih senang membuka perusahaan kedai pancingnya sendiri sebagai kerjaya utama.
Di kedai pancingnya sendiri iaitu Pancing Tegar Enterprise, dia juga mahir dan berkeupayaan untuk membina rod buatan tangan atau custom rod selain menyediakan khidmat ubahsuai bot untuk pemancing. Malah, Azmi PT sendiri juga turut dikelaskan antara salah seorang tekong pancing di Pelabuhan Klang di mana dia mempunyai 2 buah bot untuk khidmat sewaan pancing di sana.
HARAPAN
Menurut Azmi yang terjun ke dunia pancing sedari kecil ini, dia mengharapkan agar lapangan pancing terus berkembang dengan cara yang tersusun agar terus mapan. Memberi contoh perihal kekili elektrik, “ Apa equipment (peralatan) pancing pun; lebih-lebih lagi yang berharga mahal, seharusnya mempunyai pusat servis untuk menjamin ketahanan kekili (elektrik), seperti kereta juga yang mempunyai pusat servis,” katanya merujuk kepada khidmat servis kekili elektrik.
Begitu pun, dia mengakui kekangan masa dan komitmen peribadi sedikit membataskan dirinya untuk turut serta dalam perkongsian bagi menambahkan bilangan kepakaran dalam khidmat sebegini. Namun, berdasarkan pelan dan komitmennya, tidak mustahil usaha daripada Azmi Jamaludin akan memberi nilai tambah yang besar dalam survival lapangan pancing di Malaysia.
Masalah ini sering berlaku kat saya. Saya dapati kebanyakan ikan yang saya pancing jadi lemah dan macam nak mati selepas dinaikkan. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan ikan yang dipancing cepat mati supaya dapat dilepaskan kembali?
JAWAPAN:
Sebenarnya agak sukar kepada saya untuk menjawab persoalan yang dikemukan dengan tepat kerana tidak menyatakan secara jelas jenis pancingan yang dipraktikkan. Begitu juga dengan spesies ikan yang dipancing dan ingin dilepaskan kembali atas konsep tangkap dan lepas.
Ini disebabkan tidak semua spesies ikan sesuai untuk konsep tangkap dan lepas. Terutamanya jika pancingan air masin yang mana kebanyakan spesies ikan demersal amat mudah mati selepas didaratkan. Begitu juga dengan kaedah pancingan yang dipraktikan.
Ini kerana teknik pancingan konservatif (menggunakan umpan) lebih mudah mendatangkan kecederaan (mudah mati) mati berbanding teknik pancingan mengilat yang menggunakan umpan tiruan.
Oleh yang demikian, berdasarkan soalan tuan, saya beranggapan mungkin anda memancing ikan toman atau sebarau dengan teknik mengilat menggunakan gewang. Saya beranggapan ikan yang pancing mudah selepas dinaikkan kerana ia kepenatan akibat bertarung habis-habisan dalam proses menyelamatkan nyawa.
Ada beberapa sebab kenapa ikan mudah mati selepas dinaikkan. Antaranya mungkin pertarungan berlangsung agak lama, sebaiknya cubalah daratkan ikan dengan sepantas yang mungkin. Mungkin juga peralatan pancing yang anda gunakan tidak sepadan dengan kekuatan ikan tersebut, sekaligus menyebabkan pertarungan tersebut menjadi lama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...